13 Dec 2013

Facebooker PSS dah meroyan semula

Kesian pula SS tengok facebooker PSS yang kini sedang sibuk menghentam kepimpinan UMNO Subang.

Tak cukup dengan YB Halimaton, boleh dikatakan hampir semua kepimpinan nak diserangnya.

SS fikir PSS ni dah lupa kot yang SS kenal sangat dengan dia, jangan sampai SS rasa sudah tiba masanya untuk SS perkenalkan dia di khalayak ramai sudah la.

Kena ingat bro, dulu kita sama-sama duduk semeja menyokong Megat, tapi oleh kerana Megat dah sememangnya SS nampak tak boleh dijadikan ketua, maka SS pun bertindak untuk menarik diri dan keluarkan semua cerita yang SS tau pasal Megat untuk kepentingan orang-orang Subang.

Dengar kata Ketua Pemuda pun dah nak buat report polis tu, kalau ditakdirkan susah sangat nak tangkap si PSS ni, nanti SS dedahkan siapa dia.

Mungkin PSS dah tak ingat siapa SS, tapi bila cara tu dah sampai fitnah orang, maka SS takkan teragak-agak untuk terjah gambar PSS masuk dalam blog SS ni dan jangan marah kalau SS buat macam tu.

Untuk PSS, SS nasihatkan supaya berhentilah dari fitnah orang tak tentu kira, sebab adalah menjadi dosa besar kalau fitnah orang ni.

Kalau nak diceritakan masa SS serang Megat dulu, itu semua cerita benar dan bukan rekaan, alahai macam PSS tak tau pulak apa yang Megat pernah buat dulu kan.

Dah kalah buat cara kalah, tak perlu nak tegakkan benang basah dengan fitnah orang.

Sampai kata anak YB Halimaton nak diletakkan sebagai pegawai JASA, gambar arak kononnya untuk ingatkan Ketua Pemuda tentang perilaku di Sarawak.

Kalau setakat dengar tapi takde bukti jangan buat bro, sebab kalau SS keluarkan bukti nanti habis terangkat semua, bungkus habis pula nanti.

Oh ya.. SS minta maaf sebab dah lama tak menulis, bukan apa, SS agak sibuk sikit sekarang ni dan baru sahaja pulang ke tanah air.

Balik-balik je dah ternampak si PSS ni mengelupur semula dalam FB.

Kalau ye pun kecewa, bagi kepimpinan baru ni buat kerja dulu, tengok sejauh mana gerak kerja mereka tapi janganlah serang sampai macam tu.

Ok lah, SS nak rehat dulu, nanti kita tengok kalau-kalau PSS ni agak menyusahkan orang nak buat kerja, SS akan keluarkan gambar serta IP address PSS sekali.

Masa tu nanti jangan menyesal tau, sebab kita sama-sama kenal, tapi mungkin PSS tak kenal dengan SS sebab selama ni SS tak pernah tunjuk pun yang SS ni mampu untuk menulis dilaman blog.

22 Oct 2013

Megat Firdouz mandi dengan air kencing

Kahkahkah..SS dah cakap, Megat jangan megah sangat dengan duit yang dia ada, ingat dia boleh beli semua orang ke? Silap la Megat kali ni.

Agak agak berapa ratus ribu habis malam pengundian hari tu? Ada ke 300 atau 400 ribu agaknya.

Yang SS nak gelak, malam pengundian Megat keluarkan cai tapi takde Timbalan, apa jadi dengan pendatang baru Dollah Mat? Pun kena kencing ke? Atau Dollah Mat kencing Megat?

Apa apa pun tahniah kepada para perwakilan yang memilih calon lain selain Megat untuk menjadi peneraju Bahagian Subang, kalau masih Megat alamatnya hancur lebur le Subang lepas ni.

Yang mana menyokong Megat pada hari pengundian macam mana? Yang berbisik bisik suruh undi 01 satu? Ada muka lagi ke nak mengadap Ketua Bahagian baru?

Lepas tu SS nak tanya pada Haji Sulaiman Kadir yang dalam facebook beriya sangat nak letak jawatan kalau Megat kalah, SS dengan rela hati nak buatkan surat perletakkan jawatan tersebut, cuma tinggal nak tandatangan saja lagi.

Kihkihkih, puas hati SS bila dengar Megat kena mandi dengan air kencing perwakilan, yang diberi tetap diambil, cuma nak memberi kena fikir 80 kali baru boleh.

Takziah untuk Megat atas kekalahan sebagai Ketua Bahagian, mungkin ini adalah pengajaran untuk Megat supaya pandang sikit pada kuasa ahli, bukannya cuba membeli ahli.

Selamat jalan Megat, harap harap lepas ni letak juga jawatan di Kementerian Belia dan Sukan tu, agaknya KJ pun dah menyampah.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

18 Oct 2013

Pecacai Megat Firdouz merepek dalam facebook

SS terbaca la status satu pakcik ni yang menjadi salah seorang cybertrooper kepada Megat firdouz agaknya, kalau nak diikutkan umur memang ayat yang dikeluarkan tak patut sangat.

Sampai kata YB Hajah Halimaton memihak kepada Datuk Zein Isma kononnya adalah satu tuduhan bodoh yang SS pernah jumpa dibuat oleh orang tua macam pakcik Sulaiman Kadir.

Jangan le menuduh macam tu pakcik, tak baik tuduh orang, tengok kelemahan calon yang kita nak bawa tu dulu, atau pakcik bercadang nak ambil Megat ni jadi menantu?

Lagi satu SS tengok dia ni punya lambung la si Megat dengan mengatakan Megat ada ijazah undang undang, malang sungguh nasib pakcik Sulaiman apabila ditipu hidup hidup oleh Megat.

Cuba tanya Megat tu pakcik, mana ijazah dia tu, silalah tunjukkan agar tuduhan tidak menjadi fitnah, bukan apa, SS cuma nak minta pencerahan sahaja daripada Tuan Lawyer buruk macam Megat ni.

Jangan le percaya bulat bulat apa yang dikatakan oleh Megat yang dah sememangnya bulat tu ye pakcik.

Lagi satu SS nak bertanya pada pakcik kita ni, agak agak Megat ada janjikan apa apa ke sampai kata nak letak jawatan sebagai ketua cawangan kalau Megat kalah?

Pejuang apa ke jadahnya kalau sampai macam tu sekali, kalau Megat kalah nak letak jawatan sama macam ada sesuatu yang akan diperolehi sekiranya Megat menang, tak gitu pakcik?

Jadi SS nak tengok sama ada pakcik Sulaiman Kadir nak letak jawatan atau tidak esok, sebab Megat dah tentu akan kalah, dan itu adalah doa daripada SS yang menderita akibat kerakusan nafsu syaitan Megat.

Nanti SS ceritakan kisah yang berlaku diantara SS dengan Megat ni ye.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

15 Oct 2013

@tengkuadnanreal @Khairykj Megat Firdouz gunakan jawatan untuk raih undi ? Bila dilantik ?

Megat Firdouz sekarang ni SS nampak dah menyalahi tatetika ahli dalam pertandingan.

Megat menggunakan jawatan sebagai Setiausaha politik Menteri Belia dan Sukan untuk meraih undi dari perwakilan.

Persoalan yang SS nak buat sekarang ni, bila Megat mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik?

SS percaya ada sesuatu disebalik semua ni, Megat boleh dikenakan tindakan di bawah akta penipuan kerana menipu menjawat jawatan sebagai setiausaha politik sedangkan beliau belum lagi mengangkat sumpah kerahsiaan dalam memegang jawatan tersebut.

Cuba baca balik apa yang SS perolehi daripada blog seorang blogger ni tentang perlembagaan UMNO Malaysia.

PERKARA 2.

TAFSIRAN:

2.1.2 "TEMPOH PEMILIHAN" ertinya waktu yang bermula enam (6) bulan sebelum tempoh proses pemilihan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi di semua peringkat parti yang berkenaan sehinggalah enam (6) bulan selepas tamat pemilihan tersebut. Tanpa menjejaskan apa apa maksud diatas, perbuatan perbuatan yang dilakukan sebelum atau selepas Tempoh Pemilihan itu akan diambilkira untuk menentukan niat perlakuan itu.

2.1.3. "BALASAN" termasuklah apa apa pemberian termasuklah wang ringgit, saham saham, konsesi, hadiah pakej percutian, makanan/jamuan, tambang, gelaran/anugerah dan perkara perkara lain yang dinyatakan di dalam etika Tataetika ini.

Tentang perkara diatas, SS dapat tahu Megat ada memberikan wang kepada perwakilan supaya mengundi beliau dan mereka yang SS temui sanggup untuk kehadapan sekiranya diminta berbuat begitu.

3. KESETIAAN

3.1.1. Patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli.

5. SALAHLAKU

5.1. Rasuah/Sokongan Politik

5.1.1. Menyalahgunakan apa jua kuasa secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau melalui mana mana orang lain bagi pihaknya dengan tujuan mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi mana mana orang dalam mana mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

CONTOH:-

(a) Menggunakan kedudukan atau kuasanya secara salah dengan membuat janji janji, memberi pangkat, anugerah/gelaran, peluang perniagaan bagi mendapat undi.

Perkara diatas pula SS rasa pembaca boleh nilaikan daripada gambar diatas dimana Megat menggunakan jawatan Setiausaha Politik walaupun belum lagi mengangkat sumpah.

5.1.3. Memberi atau menerima atau membenarkan ahli keluarga atau mana mana orang untuk memberi atau MENERIMA bagi pihaknya, secara langsung atau secara tidak langsung, kepada atau daripada mana mana Ahli yang lain apa apa jua hadiah, benda atau faedah sama ada secara zahir atau sebaliknya bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

CONTOH:-

Menerima sebarang bentuk hadiah atau benda sebagai imbuhan misalnya:-

- Tambang percuma
- Kemudahan perjalanan
- Perkhidmatan
- Saham saham
- Konsesi
- Kontrak
- Hiburan
- Gelaran atau anugerah

Dengan perlambagaan diatas, SS percaya Megat boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar perlembagaan UMNO.

Satu lagi Megat boleh diambil tindakan kerana menipu perwakilan yang beliau memegang jawatan Setiausaha Politik.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 Oct 2013

@khairykj Megat Firdouz labur duit berapa banyak di Subang ?

SS dengar Megat sekarang sedang giat melabur di Subang bersama-sama gandingan orang baru iaitu Haji Dollah.

Berapa banyak pun yang dilaburkan, orang Subang dah tau perangai kedua-dua gandingan ni.

Si Megat dengan caranya yang suka berpoya-poya tak kira anak orang atau bini orang semua sapu habis.

Pantang nampak perempuan yang agak boleh makan pasti dimakan dan itulah si Megat Firdouz.

Kalau si Megat ni jadi Ketua Bahagian, semua ahli UMNO Subang kena simpan anak bini dalam rumah sebab si Megat ni dengan askar Jepun lebih kurang je perangainya.

Si Haji Dollah pun lebih kurang juga perangainya, jenis tammakn kuasa dan jawatan.

Baru duduk di bahagian Subang dah bercita-cita nak pegang jawatan tinggi.

Tapi dah memang Tuhan tu akan gandingkan yang baik dengan yang baik dan yang sebaliknya lain pula.

SS takkan bagi undi pada Megat sebab taknak bagi dia menang sebagai Ketua Bahagian Subang sebab kalau dia menang akan jadi masalah besar nanti.

26 Sep 2013

@NajibRazak Megat Firdouz juga tak layak bertanding Ketua Bahagian UMNO Subang

SS tengok dari semalam ramai dikalangan para blogger mempertikai ketidak adilan dalam pemilihan UMNO kali ini yang melibatkan Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal yang tidak layak bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi kerana tidak menjadi Ahli Jawatan Kuasa Bahagian minimum satu penggal.

Apa yang SS nak dedahkan disini ialah, jika Tun Faisal tidak layak bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi kerana tidak menjadi Ahli Jawatan Kuasa bahagian, kenapa Megat Firdouz diberi kebenaran untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian memandangkan beliau tidak pernah memegang jawatan walaupun Ahli Jawatan Kuasa cawangan?

Ini bagi SS amat tidak adil kerana Tun Faisal adalah EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan beliau berpengalaman di peringkat kebangsaan dan kini beliau ditolak untuk bertanding di peringkat kebangsaan juga.

Sepatutnya jika syarat ini hendak dikuatkuasakan sepenuhnya, ianya perlu dilakukan diperingkat bahagian, contohnya SS berikan disini, ahli jawatankuasa cawangan perlulah menjadi ahli sekurang-kurangnya 3 tahun.

Untuk menjadi ketua cawangan perlulah menjadi Ahli Jawatan Kuasa cawangan walaupun sayap selama satu penggal.

Untuk menjadi Ketua atau Ahli Jawatan Kuasa bahagian perlulah menjadi ketua cawangan atau Ahli Jawatan Kuasa cawangan selama satu penggal.

Untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi perlulah menjadi Ketua atau Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal dan untuk bertanding sebagai Presiden, Timbalan Presiden atau Naib Presiden perlulah menjadi Ahli Majlis Tertinggi selama satu penggal, jadi barulah ianya dikatakan adil.

Tetapi kenapa ianya hanya berlaku diperingkat Ahli Majlis Tertinggi dan tidak di semua peringkat, adakah kepimpinan cuba menolak calon-calon muda untuk bertanding sebagai pemimpin di peringkat pusat?

SS rasa jika perkara ini ingin dilaksanakan mulakan daripada ekor bukan terus dikepala dan seperti yang SS kata tadi, Megat Firdouz tidak layak bertanding sebagai Ketua Bahagian Subang kerana beliau tidak mempunyai pengalaman walaupun mentadbir cawangan.

Jadi ada apa-apa bantahan kalau SS katakan begitu? Atau pengikut Megat merasa tergugat dengan apa yang SS sarankan disini?



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

25 Sep 2013

Hebat politik Abdullah Mat !!! Pakar dalam laga melaga

SS dapat menghidu satu kisah lagi di Subang yang mana, pendatang baru dalam UMNO Subang cuba untuk melaga lagakan calon-calon yang bakal bertanding.

Nak tau siapa dia, itu gambar diatas tu, bekas ahli dari Kelana Jaya yang dibawa masuk untuk diberi peluang berpolitik setelah di Kelana Jaya tidak mendapat tempat.

Haji Abdullah Mat, dulu seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia kemudian menyepikan diri kerana mungkin dipinggirkan atas sikap beliau yang suka melaga-lagakan orang sepertimana yang berlaku kini.

Abdullah Mat ni sekarang dah masuk ke line-up Datuk Megat Firdauz dan beliau kini mencanangkan bahawa Datuk Zein Isma membawa masuk si Abdullah Mat ni untuk melawan Dato Harisson.

Apa yang terjadi sebenarnya? Abdullah Mat hanya mahukan kedudukan sebagai Timbalan Ketua Bahagian supaya dapat mengumpul kekayaan, mungkin lepas ni nak pakai Lamborghini kot, sekarang ni setakat pakai kereta Porsche saja.

Semalam SS dengar, Abdullah Mat telah mengadakan pertemuan sulit dengan jentera pemilihan Megat Firdouz seperti cikgu Yusof, Jasni dan beberapa orang lagi di Ara Damansara.

Itu adalah bukti dimana Abdullah Mat sebenarnya adalah pengikut Megat Firdouz dan cuba untuk menunjukkan bahawa beliau ada dalam barisan Dato Zein supaya pertelingkahan berlaku diantara Dato Zein dan juga Dato Harisson.

Hebat permainan Haji Abdullah ni kan, tapi sehebat mana pun dia, SS dapat menghidu pergerakan Haji Abdullah kerana SS ada menghantar orang untuk melihat apa yang dilakukan oleh Haji Abdullah, sebab SS kurang yakin dengan kehadiran beliau ke Bahagian Subang.

Baru sangat masuk ke Subang ni, tapi dah cuba nak jadi pelakon tambahan dalam filem yang diarahkan oleh Megat, mungkin haji Abdullah kali ni melakukan kesilapan apabila dia masuk dalam barisan musuh SS yang memang SS tak akan iktiraf jika menang sekalipun sebagai Ketua Bahagian iaitu Megat Firdouz.

Nampaknya SS sudah ada satu lagi prospek yang perlu SS siasat dan jejaki untuk didedahkan kepada para perwakilan di Subang.

Nanti SS akan siasat apa yang dilakukan selama ni oleh Haji Abdullah hingga dia ni dipinggirkan di Kelana Jaya dulu, lepas tu SS akan kisahkan kepada para perwakilan.

Dan jangan lupa, kisah Megat minum Ribena masih belum SS dedahkan lagi, sebab SS amat rapat dengan mangsa keadaan Megat yang agak nakal sikit ni.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

24 Sep 2013

@nohomar CALON KETUA PUTERI SUBANG TARIK DIRI

SS rasa sedikit kecewa apabila calon Ketua Puteri Bahagian menarik diri dari bertanding.

SS dengar ini semua akibat daripada YB Halimaton yang telah memberikan nasihat supaya calon tersebut menarik diri.

Satu yang SS banggakan ialah, calon yang menarik diri ini mampu untuk mendengar nasihat.

Perkara ini tidak berlaku di tempat lain yang mana calon biasanya akan meneruskan pertandingan dan membiarkan perwakilan menentukan hala tuju politik mereka.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TAHNIAH !!! YB HALIMATON TIDAK CAMPURI PEMILIHAN PUTERI UMNO BAHAGIAN !!!

SS rasa bangga dengan YB Halimaton yang tidak mencampuri urusan pemilihan Puteri UMNO Bahagian Subang.

SS dengar ada beberapa suara sumbang yang telah menghubungi YB Halimaton supaya mengarahkan calon Ketua Puteri Bahagian Subang untuk menarik diri namun yang sebenarnya itu bukanlah dibawah bidang kuasa beliau.

Dengan tindakan tidak mencampuri urusan pemilihan Puteri Bahagian, jelas bahawa YB Halimaton atau kak Maton menerima seruan transformasi UMNO dari kepimpinan UMNO Malaysia dan negeri.

Ini menujukkan bahawa kak Maton mengambil sikap profesional dalam urusan pemilihan UMNO Bahagian Subang.

Menjadi calon adalah hak masing masing sekiranya mereka mempunyai kekuatan dan keyakinan diri untuk menyumbang kepada parti, jadi pada SS mengapa perlu kita meminta seseorang untuk menarik diri dari bertanding?

Pertandingan harus dilakukan secara sihat dan bagi SS dengan meminta calon untuk menarik diri apatah lagi dengan menghubungi VIP tertentu adalah satu sikap yang perlu dihapuskan.

SS juga nampak bahawa calon yang diminta untuk menarik diri tersebut mempunyai kekuatan yang amat ampuh dan jika tidak, mengapa beliau diminta supaya menarik diri dari bertanding?

Fikir fikirkanlah untuk kejayaan di bahagian Subang, jangan INTAN dibuang kaca yang diambil.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

17 Sep 2013

@lokmanadam beraksi hebat !!

Cepat tonton aksi Lokman Noor Adam yang agak melampau !!!

Korang ada 1 jam utk tonton sebelum di delete

Saksikan Video Ke4 Lokman Adam
http://youtu.be/RH_0UfsyQzo

Video Ke3 Pendirian @LokmanAdam Mengenai Isu #KalimahALLAH - YouTube
http://m.youtube.com/watch?v=XOmBFIOnTKo&guid=&hl=ms&gl=US&client=mv-google

Video Ke2 Apa Kelebihan Lokman Adam http://www.youtube.com/watch?v=Yydm6Wd3ti0&feature=youtu.be

Video Pertama. Siapa Lokman Adam
http://www.youtube.com/watch?v=zZQSwjKWm3s&feature=youtube
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

16 Sep 2013

@Khairykj apa kelulusan Megat Firdouz ?? Boleh bagi pengesahan ??

SS nak bagi tahu dekat sini pada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, saudara Khairy Jamaluddin bahawa Datuk Megat Firdouz yang YB lantik sebagai Penolong Setiausaha Pemuda UMNO tu cuma lulusan SPM sahaja.

Bila ditanya kelulusan si Megat ni dia pasti akan mengatakan bahawa dia lulusan ijazah dari Birmingham tapi apa buktinya?

SS selalu dengar kalau lulusan ijazah ni sudah pasti ada Bachelor of apa-apa lah Hons apa-apa lah, tapi si Megat ni takde pulak semua tu.

Apa yang SS tau tentang si Megat ni, dulu dia ada masuk ke Universiti Islam Antarabangsa tapi tak habis belajar pun, sekerat jalan sahaja.

Ini disebabkan Arwah Tan Sri Megat Junid pada masa tu dah tak larat nak tanggung si Megat ni sebab terlampau banyak pakai duit untuk berpoya-poya tapi bukan untuk belajar.

Kemudia Megat memang dihantar keluar negeri oleh Arwah Tan Sri, tapi rupa-rupanya lagi hebat si Megat ni buat perangai dan lagi sekali dia balik ke Malaysia tanpa apa-apa sijil atau diploma atau ijazah.

Megat ni SS boleh gelarkan sebagai anak derhaka kepada kedua orang tuanya, sebab apa SS kata macam tu? Sebab Megat Firdouz telah mengecewakan kedua orang tua beliau dan setiap anak yang mengecewakan kedua orang tuanya adalah anak derhaka.

Kalau anak derhaka ini diangkat sebagai ketua bahagian, SS pasti akan hancur lagi UMNO Subang ni.

Jadi, para perwakilan UMNO Subang perlu menolak pemimpin seperti Megat Firdouz daripada menjadi Ketua Bahagian.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tahniah calon NKP @LokmanAdam yang berani bersuara

Sambutan Hari Malaysia 16 September 2013 hari ini bukan hanya mengingatkan kita tentang Penubuhan Malaysia hasil Gabungan Sabah, Sarawak Dan Persekutuan Tanah Melayu. Alhamdulillah, pada tarikh ini juga kita telah terselamat daripada satu usaha merampas kuasa oleh Anwar Ibrahim melalui pembelian Ahli Parlimen.

Namun, apa yg menarik perhatian saya hari ini ialah berita berita  kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai Chin Peng di Bangkok akibat usia tua. Chin Peng mati pada usia 90 tahun.

Sejurus selepas berita ini disebarkan, beberapa orang pemimpin pembangkang berhaluan kiri seperti Hishammuddin Rais, Tian Chua dan Khalid Ismath mula mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan bahawa Ching Peng adalah seorang Pejuang.

Kini telah mula juga kempen secara halus untuk mendesak kerajaan membawa pulang mayat atau pun abu Chin Peng ke Malaysia.
Kenyataan yang bertujuan menarik sokongan kaum Cina ini cukup biadap dan langsung tak mengambil kira perasaan ahli keluarga anggota tentera dan polis yang telah terkorban ditangan komunis demi menjaga keamanan negara.

Selain itu gerakan dari pihak pembangkang ini saya lihat sebagai satu bentuk "endorsement" terhadap keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. Saya menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng ke Malaysia. Ong Boon Hua bukan warganegara Malaysia dan kita tidak sesekali akan memaafkan kekejaman yang telah beliau lakukan.

Sekiranya DAP atau mana-mana pihak meneruskan usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng, saya dan teman-teman Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk turun menyatakan bantahan kami dan menggagalkan sebarang usaha memperingati musuh negara itu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

14 Sep 2013

@khairykj Jawatan SUPOL Megat Firdouz sementara pemilihan UMNO

SS rasa terkejut juga apabila dikhabarkan bahawa jawatan Supol yang disandang oleh Megat Firdouz sebenarnya hanyalah untuk sementara pemilihan agung UMNO yang akan berlangsung dalam bulan oktober nanti.

Selepas sahaja pemilihan maka Megat tidak lagi akan menjadi setiausaha politik kepada Menteri Belia dan Sukan.

Mula mula SS pun agak sukar untuk percaya perkara ni, tapi setelah SS fikir fikirkan, ada juga kemungkinan bahawa ianya akan jadi begitu memandangkan sehingga ke hari ini, Megat masih lagi tidak mengangkat sumpah sebagai Supol Khairy.

Apa dah jadi ni Megat? Betul ke apa yang SS dengar ni? Tapi kalau tak betul kenapa sampai sekarang masih lagi belm mengangkat sumpah sebagai Supol, atau Megat meminjam jawatan tersebut dengan memjnta bantuan Khairy?

Maklimlah, masa pemilihan 2008 dulu Megat dah tipu bekas Menteri Besar Selangor yang pada masa itu mahu bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan berpaling tadah memberikan bantuan kepada Khairy untuk mencapai kemenangan.

Ini lah pemimpin yang akan lakukan apa sahaja demi untuk mencapai maksud dan niat buruk yang ada dalam hati dia.

Cuba bayangkan, orang yang dia panggil boss dan dipercayai oleh pemimpin untuk menjadi jentera pun di boleh permainkan, inikan pula perwakilan di bahagian Subang.

Nampak gayanya Megat akan cuba sedaya upaya untuk menipu orang orang Subang bahawa beliau adalah Setiausaha Politik kepada menteri dan apa yang SS tahu Megat sudah berjaya memperdayakan ahli jawatankuasa Gerakan Belia 4B Subang yang mengadakan kunjungan hormat kepada Supol Menteri di Kementerian Budaya dan Sukan kononnya.

Tapi nak buat macam mana pun kalau dah Megat ni memang kaki putar alam.

SS hampir terlupa nak cakap, nanti SS akan dedahkan perilaku Megat ni di Pulau Pabgkor hingga SS gelarkan dia sebagai peminat tegar Ribena.

SS akan dedahkan bagaimana Megat telah menghancurkan rumah tangga seorang puteri di bahagian Subang hingga Megat dikatakan terpaksa bernikah dengan puteri tersebut.

Nantikan ye Megat, SS akan bongkarkan semua biar seluruh rakyat bukan dahaj di Subang malah di seluruh negara tahu siapa Supol (agaknya palsu) Khairy Jamaluddin ni.


4 Sep 2013

@Khairykj BAHARI SITAM JADI KAMBING HITAM MEGAT FIRDOUZ

Kesian SS tengoh Bahari Sitam, oleh kerana ikut dalam kem si Megat, tak pasal pasal kalah sebagai Ketua Cawangan.

Itu la, SS dah kata si Megat ni pembawa malang yang sebenarnya, mana tidaknyakan, kalau dah meluluhkan hati mak ayah, memang takkan berjaya dalam apa apa sekali pun.

Ni nak bertanding sebagai ketua cawangan, bawa nama Megat Firdouz, memang selamat tinggal le jawabnya.

Orang dah meluat kat Megat ni, tambahan pulak dengan perangai dia selama ni yang tak kira anak orang atau bini orang.

Jadi untuk itu, megat kena bersedia menerima kekalahan di Bahagian Subang.

Tapi pada SS, lagi baik Megat jangan bertanding, sebab dah jadi Supol kepada Menteri Belia dan Sukan walaupun tak angkat sumpah.

Rasanya lebih baik si Megat ni jaga Khairy Jamaluddin sebab nama big boss awak tu tengah harum, jangan la dibusukkan nama beliau pulak dengan sikap kamu di Subang ni.

Kesian juga SS pada Menteri Belia ni, selama 4 tahun bersusah payah membersihkan nama kesudahannya orang kanan sendiri yang bagi rosak.

Dunia politik kamu ni memang tak kenal erti membalas budi ke Megat?

Kepada Bahari Sitam, sabar jelah ye, jangan merajuk pulak, salahkan si Megat, sebab perangai buruk dia, kamu jadi mangsa.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KENYATAAN MEDIA @LokmanAdam : KENAIKAN HARGA RON95 & DIESEL

Ini yang SS jumpa dalam facebook page Lokman Adam, nampaknya Lokman masih seperti dulu tak kisah apa pun, bila tak betul, terus hentam.

Bro Lokman kena ingat, bro tu nak bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, nanti lantang sangat bersuara orang marah.

Tapi dibawah adalah kenyataan Lokman tentang kenaikan harga minyak di Malaysia.


Harga petrol di Malaysia dalam sejak 23 tahun yang lalu (1990)

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85 (kenaikan RM 0.05)
04/12/2010 - RM 1.90 (kenaikan RM 0.05)
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)

Zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 13 tahun (1990 - 2003) harga minyak naik sebanyak RM 0.46.

Zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak RM 1.38 dan turun sebnyk RM 0.90.

Zaman era pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak RM 0.25.

Rakyat perlu sedar bahawa harga ini dipengaruhi oleh harga minyak dunia.
Zaman 90an, harga minyak dunia hanya USD 15-25 satu tong sahaja. Itu sebabnya, Anwar boleh mendabik dada bahawa zaman beliau menjadi Menteri Kewangan, harga minyak hanya RM1.10 seliter. Tapi zaman Pak Lah, harga minyak dunia naik hingga USD 143 satu tong. Harga minyak hari ini sekitar USD107 satu tong.

Anwar boleh janjikan bulan dan bintang pada rakyat, cuma mari kita guna akal kita...bolehkah Anwar turunkan harga minyak 50sen (Kos RM10.5b) dan dlm masa yg sama nak naikkan royalti minyak Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dari 5% kepada 20%. Bagaimana mungkin Anwar boleh tunaikan janji tambahkan subsidi minyak 50 sen jika dlm masa yg sama dia buat janji bg royalti minyak 20% yg pasti menggurangkan pendapatan negara.

Sebelum buat janji baru, tunaikanlah dulu 85% janji lama yg dia buat tahun 2008 di Selangor.

Apapun alasan diiberikan untuk menghalalkan kenaikan harga RON 95 dan Diesel kali ini oleh YAB Perdana Menteri, saya tetap kecewa kerana parti yang saya cintai ini telah buat pertama kalinya memungkiri janji untuk tidak menaikkan harga minyak selepas PRU13.

Saya sedar, memang sukar untuk mengambil keputusan berat menaikkan harga minyak ini, namun saya masih mengharap YAB Perdana Menteri dapat mencari solusi bagi mengembalikan subsidi untuk Ron95 setidak-tidaknya kepada golongan yang berpendapatan isi rumah RM5,000 kebawah.

Samada memberikan vaucher subsidi petrol tambahan atau pemberian fleet card untuk golongan ini, semuanya terletak pada kebijaksanaan beliau.

RM 0.20 mungkin kecil bagi sesetengah golongan, namun ianya cukup membebankan golongan pertengahan dan bawahan. J

ika pengurangan RM 0.20 membolehkan kerajaan jimat RM1.1B untuk baki tahun ini dan RM3.3B setahun mulai tahun depan, saya yakin kos untuk mengurangkan keperitan golongan ini tidak sampai RM1.5B, memandangkan kenderaan yang digunakan oleh golongan ini biasanya 2000cc kebawah dan menikmati nilai subsidi yang rendah berbanding kereta mewah.

Adalah sangat tidak munasabah dan tidak dapat diterima akal dikala GLC melaporkan untung berbilion ringgit, kerajaan tidak berupaya mencari RM1.5B dari sumber lain.

Lakukanlah apa sahaja yang dapat kita lakukan asalkan golongan berpendapatan serderhana dan rendah ini dapat kita ringankan beban mereka.

Lokman Noor Bin Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 Sep 2013

@nohomar pemerhati mesyuarat cawangan perlu lebih bertanggungjawab

SS dapat maklumat bahawa ada mesyuarat cawangan yang dijalankan agak meragukan di Bahagian Subang.

Kenapa jadi macam tu? Sebab ada cawangan di Bahagian Subang yang tidak cukup kehadiran (korum) dibenarkan bermesyuarat oleh pemantau hanya kerana tandatangan dalam kehadiran mencukupi sedangkan semasa mesyuarat berlangsung jelas menunjukkan bahawa kehadiran tidak seperti yang tercatit.

Apa dah jadi ni? Sepatutnya pemantau ini perlu lebih telus dalam meneliti mesyuarat supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan, jika kehadiran semasa mesyuarat tidak mencukupi maka mesyuarat tersebut boleh ditangguhkan.

Mesyuarat yang SS maksudkan disini ialah mesyuarat cawangan Kubu Gajah Bistari, mengikut apa yang dimaklumkan kepada SS, tahun lepas cawangan ini tidak bersidang kerana tidak cukup korum mesyuarat dan tahun ini ianya berlaku sekali lagi dan pemantau melepaskan mesyuarat tersebut semata-mata kerana tahun ini adalah tahun pemilihan.

Mohon kepada badan perhubungan UMNO negeri Selangor untuk memantau perkara ini kerana untuk memajukan parti, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dan ianya perlu diperhalusi agar dapat memantapkan parti selaras dengan kehendak Perdana Menteri agar transformasi parti di lakukan.

Amat memalukan jika perkara sebegini dilakukan tambahan pula di Negeri Selangor dan jika perkara ini berlanjutan, adakah kita mampu untuk menawan kembali Selangor pada pilihanraya akan datang?

Lepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, pandang-pandanglah perkara ini secara serius kerana ianya melibatkan maruah parti itu sendiri.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

31 Aug 2013

@Khairykj sorang lagi jeneral Megat Firdouz tersungkur

SS dapat maklumat yang mengatakan bahawa seoarang lagi jeneral Megat Firdouz telah tersungkur kalah di cawangan beliau iaitu cawangan Siantan.

En. Bahari telah dikalahkan oleh En. Razali dalam pemilihan di peringkat cawangan dan mengikut apa yang SS tau, Bahari adalah orang kuat Megat selama ini.

Nampak gayanya bila disebut sahaja nama Megat, diperingkat cawangan sendiri pun sudah mula menyampah hingga membuatkan ahli cawangan bangun untuk menentang calon yang membawa nama Megat.

Itu di peringkat cawangan dan perlu diingat, peringkat cawangan merupakan gerakan penting bagi membuat pilihan di peringkat bahagian.

SS amat berpuas hati apabila ahli cawangan sendiri telah sedar dengan kepincangan dan menolak kepimpinan yang bakal dibawa oleh Megat di bahagian.

Mungkin ahli cawangan kini sudah bijak, walaupun pelbagai janji ditaburkan oleh Megat, mereka tahu Megat bukanlah orang yang akan menepati janjinya sebab selama ni pun Megat telah terlalu banyak menabur janji di Bahagian Subang.

Bukankah SS dah kata, SS tidak berdendam secara peribadi, tetapi kelakuan Megat telah dikesan dan diketahui oleh ahli UMNO Subang sendiri dan kesannya kita boleh lihat kini apabila ahli-ahli cawangan sendiri tidak mahu dan menolak kepimpinan yang membawa bayangan Megat di peringkat cawangan dan SS yakin lepas ni di peringkat bahagian pun akan jadi perkara sama.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@LokmanAdam calon nkppum yang paling lantang bersuara dalam perjuangan

SS nak beri tahu pada pembaca terutamanya pada perwakilan pemuda UMNO yang bakal memilih calon untuk Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Antara yang paling lantang dalam perjuangan UMNO khususnya pemuda ialah Lokman Adam.

Berjuang tanpa mengira masa dan sanggup bersengkang mata semata mata untuk berjuang dalam memberikan maklumat tentang kelakuan pemimpin parti pembangkang khasnya Anwar Ibrahim.

Beliau amat mengenali Anwar Ibrahim dan satu ketika dulu, Lokman Adam pernah termakan dakyah yang dilemparkan terhadap kerajaan yang membolehkan beliau mengenali pembangkang dengan lebih dekat.

Beliau telah kembali ke dalam UMNO kerana merasakan UMNO lah parti yang mampu untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi bukan parti pembangkang yang asyik menipu rakyat semata-mata untuk menjadi kerajaan.

Kita ikuti dua buah video yang dimuat naik dalam pautan youtube dibawah untuk mengenali siapa sebenarnya Lokman Adam.

http://www.youtube.com/watch?v=zZQSwjKWm3s&feature=youtube

Ini pula adalah video kedua beliau yang dimuat naik dan saksikan kedua duanya untuk anda mengenali Lokman dengan lebih dekat.

http://www.youtube.com/watch?v=Yydm6Wd3ti0&feature=youtu.be



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

29 Aug 2013

@LokmanAdam antara calon yang ada potensi sebagai NKP

Antara beberapa calon yang SS lihat kini sedang giat menjalankan sessi pertemuan dan menggunakan pendekatan yang amat berbeza ialah Lokman Nor Adam.

Walaupun pelbagai cerita didengar tentang pemuda Shah Alam ini, SS rasa beliau amat sesuai untuk memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Sejak tahun 2009, Lokman Adam telah menggunakan kepakarannya dalam berpidato dengan menubuhkan unit pidato dalam membantu kerajaan UMNO dan Barisan Nasional bagi mengekalkan kemenangan dan alhamdulillah nampak gayanya Lokman telah berjaya kearah itu.

Beliau juga telah melatih puluhan anak-anak muda dalam Barisan Nasional untuk menjadi pelapis pemidato dalam memberikan ceramah di serata negara.

Selama hampir 5 tahun berceramah kesana kemari dengan menceritakan pengalaman hitam beliau dan membongkar tentang keburukan Pakatan Pembangkang, akhirnya Lokman berjaya mengubah persepsi rakyat.

Ini adalah pengorbanan yang dilakukan oleh Lokman dan SS percaya tidak semua orang mampu untuk melakukan sedemikian.

Terpulanglah kepada para perwakilan, siapa yang akan dipilih untuk menduduki tempat kedua dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tapi bagi SS, Lokman adalah yang paling sesuai.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@Khairykj NAK SURUH SS DIAM ??? MAMPU KE ???

SS terbaca dalam satu group facebook yang ambil sedikit daripada bahan artikel SS dan dimasukkan ke dalam status facebook tersebut.

Lepas tu ada pulak komen yang meminta SS supaya diam dan dalam status tu pulak mengatakan bahawa SS ada dendam peribadi dengan Datuk Megat.

SS akui memang ada dendam antara SS dengan Megat, tapi bukan atas alasan peribadi, tapi atas kerana parti UMNO.

Dendam SS pada Megat apabila mengumpulkan beberapa tandatangan untuk menidakkan pencalonan YB Halimaton sebagai calon Barisan Nasional DUN Kota Damansara.

Sebagai orang nombor dua di bahagian, kenapa perlu kumpul tandatangan macam tu? Nak boikot sebab nama dia tak diletakkan sebagai calon kawasan tu ke?

SS juga tahu bahawa Megat ada mengatakan bahawa sekiranya beliau tidak mendapat tempat sebagai calon di DUN Kota Damansara, maka akan ada plan A dan beberapa Plan lagi demi untuk mendapatkan tempat sebagai calon.

Ini ke sikap seorang pemimpin, dendam SS pada Megat sebab dia cuba nak boikot parti dan ini bukanlah ciri-ciri pemimpin yang diperlukan di bahagian Subang.

Dengan keadaan Negeri Selangor yang masih belum mampu di rampas kembali, kini timbul pula seorang calon Ketua Bahagian yang bermasalah macam Megat.

SS juga tahu bahawa Megat seolah olah merestui calon bebas bertanding untuk menidakkan kemenangan YB Halimaton dan sebagai contoh, Megat telah merestui beberapa orang pendokong calon bebas untuk menjadi perwakilan dalam perhimpunan dan pemilihan peringkat bahagian.

Orang yang macam ni nak diangkat sebagai pemimpin? Nak cari pemimpin biarlah yang telus hatinya untuk sama-sama berjuang dengan akar umbi, bukan mengambil kesempatan terhadap akar umbi kerana kedudukan beliau di bahagian dan di Pemuda UMNO Malaysia.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@Khairykj MEGAT FIRDOUZ KETAGIH RIBENA DI PANGKOR ??? APA KENA MENGENA ???

Cerita ni hanya boleh dijawab oleh Datuk Megat Firdouz yang merupakan Setiausaha Politik Khairy di Kementerian Belia dan Sukan.

SS pun taknak cakap banyak-banyak sebab SS tahu cerita daripada A sampai Z macam mana Megat boleh ketagih RIBENA masa di pulau tersebut.

Tapi jangan le buat penafian pulak ye Datuk Megat, sebab nanti SS keluarkan semua bukti mesti Datuk Megat malu.

YB Khairy cuba tanya balik pada Datuk Megat apa dah jadi di Pulau Pangkor tersebut dan tengok apa jawapan Megat.

Jangan sampai memalukan YB Khairy di Kementerian sudahlah, nanti orang akan kata YB Khairy tak bijak memilih orang untuk jadi Supol sendiri.

Tambahan pula dah makin ramai orang tahu tentang hal tu dan orang orang Subang pun dah ramai tahu apa kaitan RIBENA dan Pulau Pangkor.

Nanti SS akan bongkar lagi apa cerita di Pulau Pangkor ni, harap Datuk Megat bersiap sedialah dengan jawapan dan alasan yang agak kukuh.

SS dedahkan semua ni sebab tak mahu ada pemimpin yang berperangai jijik didalam bahagian Subang sebab SS sayangkan UMNO Subang ni.

Kepada perwakilan Subang, tolak pemimpin yang jijik sampai merosakkan rumah tangga orang macam Megat ni.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@Khairykj SATU PERSATU CAWANGAN MEGAT FIRDOUZ HILANG

Apa dah jadi ni Megat? Nampak gayanya semakin parah di bahagian Subang apabila cawangan penyokong tegar yang dibayar gaji bertukar tangan.

Macam permainan badminton la Megat, kan ada servis bertukar tangan bila servis tak boleh dipatahkan? Begitu jugalah nampaknya di bahagian Subang, Megat dah sampai ke penghujung permainan.

Maknanya orang Megat ni pun sama tak buat kerja di cawangan apabila orang harapan beliau dia cawangan Rumah Pangsa Subang Perdana U3 kecundang di tangan orang baru.

Nampak gayanya Supol KJ ni pasti akan dimandikan di bahagian, kalau KJ tak suruh dia tarik diri dari bertanding, sudah pasti akan memalukan KJ sendiri sebab Supol dinafikan kemenangannya dia bahagian.

Jadi apa kata KJ? Lagi pun SS rasa tak perlulah Megat nak bertanding, baik jaga boss di pejabat Belia dan Sukan tu, berikan kemenangan kepada KJ dan jangan lah dimalukan orang yang dah bawa kita sebagai Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Supol yang belum mengangkat sumpah.

SS berdoa sangat agar Megat kalah di Bahagian sebab perangai memang tak boleh blah, macam-macam hal dia buat di bahagian dan SS akan ceritakan nanti pasal kejadian di Pulau Pangkor pulak.

Tunggu ye Megat, macam mana kamu buat pada UMNO Subang, macam tu juga SS akan buat.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

23 Aug 2013

MAT TAIB KEKAL MUBARAK

JOHOR BAHARU 23 Ogos - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib masih kekal keahliannya dalam Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan majlis tersebut yang menyebut keahlian seseorang ahli Mubarak akan terlucut sekiranya ahlinya menyertai pembangkang.

"Tidak ada peruntukan perlembagaan majlis yang menyebut jika seseorang ahli Mubarak itu menyertai pembangkang dia boleh dipecat dan atau keahliannya terlucut, jadi tidak timbul soal beliau masih ahli atau tidak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau dan Mubarak Selangor tetap rasa kesal terhadap tindakan Muhammad yang menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mei lalu.

Sebelum ini, majlis berkenaan dikatakan berhak menggugurkan keahlian Muhammad jika perkara itu dikemukakan Mubarak Selangor kepada pusat.

Abu Hassan berharap dengan penjelasan tersebut, mana mana pihak tidak lagi mempersoalkan tentang status keahlian Muhammad dalam majlis berkenaan. - BERNAMA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

21 Aug 2013

@Khairykj @NajibRazak Megat Firdouz Megat Junid pemimpin munafik

Dalam al-quran ada menyatakan bahawa tanda-tanda orang munafik adalah orang yang tidak menepati janji atau dalam kata lain orang yang menipu juga adalah munafik.

Megat Firdouz Megat Junid yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan ada ciri-ciri seorang yang munafik.

Kenapa SS cakap sebegitu? Sebab ada beberapa janji yang tidak ditepati oleh Megat Firdouz selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Salah satunya ialah, janji yang diberikan untuk memberi sumbangan sebanyak 50 buah kerusi bagi kegunaan cawangan tersebut tetapi ianya hanyalah janji tinggal janji.

Begitu juga yang SS dengar tentang pemberian bantuan kerusi roda kepada seorang ahli yang memerlukan kerusi roda tersebut, ianya juga tinggal kenangan.

Orang macam Megat ni memang tak layak untuk menerajui bahagian Subang kerana bahagian Subang memerlukan seorang pemimpin yang mampu untuk melunaskan janji-janji mereka kepada ahli serta rakyat.

Bagi SS, dengan kekayaan yang dimiliki oleh Megat, tidak menjadi masalah untuk beliau memberikan sumbangan-sumbangan seperti yang dijanjikan oleh beliau, tetapi perkara itu tidak berlaku.

Apakah bahagian Subang masih mahu pemimpin seperti ini untuk menjadi Ketua Bahagian?

Cukuplah apa yang dilakukan sebagai Timbalan Ketua Bahagian, disitu kita sudah nampak siapa Megat Firdouz yang sebenar.

SS menyeru kepada ahli UMNO Bahagian Subang supaya sama-samalah kita menolak pemimpin yang sebegini demi untuk mengukuhkan UMNO Subang dan Selangor.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

15 Aug 2013

@NajibRazak @Khairykj MEGAT FIRDOUZ SUPOL ATAU PION ???

SS rasa pelik sikit dengan jawatan yang dipegang oleh Datuk Megat Firdouz di Kementerian Belia dan Sukan sekarang ni.

Adakah beliau seorang Setiausaha Politik ataupun beliau seorang budak pejabat atau dalam kata lainnya pion.

SS tertanya tanya apa jawatan sebenar beliau di kementerian tersebut.

Dalam direktori Kementerian,  nama Datuk Megat di letakkan sebagai Supol tapi yang buatkan SS pelik ialah bila Datuk Megat angkat sumpah?

Setahu SS semua Supol perlu mengangkat sumpah menyimpan kerahsiaan terlebih dahulu di hadapan Perdana Menteri dan SS tertunggu tunggu juga bila masa yng sesuai untuk Datuk Megat mengangkat sumpah.

Mungkin benar sepertimana yang SS dengar selama ni yang pertamanya tentang kelulusan Datuk Megat selama ini.

Nanti SS buka cerita kelulusan dalam artikel SS yang seterusnya nanti ok.

Tapi SS dengar bahawa Perdana Menteri sendiri pun agak keberatan apabila nama Datuk Megat diletakkan sebagai Supol kepada KJ selaku menteri.

Mungkin Perdana Menteri dah tau agaknya yang Megat ni akan mencari kekayaan dengan jawatan tersebut jika dilantik dan ini menjadi masalah kepada kementerian dan juga parti dikemudian hari.

Tapi walaupun belum angkat sumpah, Megat ni dah tempah kad nama awal-awal dan tertera dalam kad beliau bahawa beliau adalah Supol.

SS dah lama kenal dengan Datuk Megat ni dari Kelana Jaya lagi.

Kepimpinan beliau semasa memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian juga pincang, begitu juga semasa menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan kini memegang jawatan timbalan Ketua Bahagian di Subang.

Semua rahsia Megat ada dalam poket SS dan SS akan bongkarkan satu persatu dam tempoh terdekat.

Apa yang pasti Megat tidak akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian tetapi akan bertanding sebagai Ketua Bahagian pula.

SS takkan benarkan perkara ini berlaku kerana SS tau, Datuk Megat mempunyai agenda tertentu jika memenangi jawatan tersebut.

Bukan SS dengki atau cemburu hati, tapi SS rasa belum masanya dan belum layak untuk Datuk Megat memegang jawatan tersebut.

SS katakan demikian sebab, SS tau sangat dan boleh dikatakan rapat dengan Megat ni.

Jadi SS tau latar belakang Megat daripada segi kehidupan dan juga betapa sosialnya beliau.

Sosial yang macam mana? Nanti SS buka siapa Megat Firdouz ni yang sebenarnya,  sampai ada puteri bahagian yang bercerai bungkai sebab anak arwah Tan Sri Megat Junid ni.

Mungkin orang luar tak tau, tapi SS tau dan ada juga orang di bahagian Subang yang tau sangat perkara tu.

Ni dengar cerita sebelum hari raya hari tu beberapa orang wakil dari Gerakan Belia 4B Subang membuat kunjungan hormat ke pejabat Supol Kementerian Belia ni di Putrajaya.

Kena tipu pulak 4B Subang dengan Datuk Megat, tak tau le apa janji dia pada 4B Subang lepas tu, tapi ramai orang tahu kalau Megat ni berjanji boleh dengar je, jangan simpan janji tu, kalau boleh lepas keluar dari pejabat dia tinggalkan saja janji tu dalam pejabat, kalau bawa keluar akan ada yang kecewa nanti.

Published with Blogger-droid v2.0.10

5 Aug 2013

@NajibRazak @Khairykj MEGAT FIRDAUZ JANGAN TERLALU ANGKUH


SS dengar dua minggu lepas Datuk Megat ada berkata di Ara Damansara yang beliau menawarkan wang kepada jentera Dato Zein Isma untuk berpaling tadah dan ayat tersebut berbunyi begini, " kalau Dato Zein bagi 10 sen, saya up jadi 30 sen ".

Apa ni Megat? Sampai dah nak main rasuah-rasuah ni, kami tahu kamu mempunyai wang yang cukup banyak hasil daripada peninggalan rompakan arwah bapa kamu dulu,  tapi jangan sampai kamu nak beli perjuangan kami yang miskin ni.

Eloknya kamu cermin diri dan tengok apa yang kamu dah buat sebelum ni, bukan gunakan duit yang ada pada kamu untuk merasuah kami.

Kami tidak mudah dibeli kerana kami ada prinsip perjuangan, tidak kira sama ada Zein atau siapa sahaja yang melawan kamu, itu kami tak peduli, apa yang kami tau kamu memang tak layak duduk di kerusi nombor satu bahagian atas apa yang kamu pernah lakukan.
Kami takkan ambil pengkhianat parti untuk menjadi ketua dan kami juga bukan sebodoh Khairy Jamaluddin yang mengambil kamu untuk duduk dalam satu bangunan kerana kami lebih tahu siapa kamu.

Cukuplah kesilapan kami meletakkan kamu sebagai orang nombor dua di bahagian dan kami akan pastikan perkara tersebut tidak akan berulang kerana kami sudah mula sedar bahawa kamu tidak mampu untuk menjadi pemimpin dengan apa yang kamu lakukan dan tunjukkan di bahagian.

Semua perkara kamu anggap kamu boleh beli dengan kekayaan kamu, tapi sedarkah kamu Megat bahawa kami sudah mengesan darimana hasil kekayaan tersebut kamu perolehi.
Betul, ada yang ditinggalkan oleh arwah ayahanda kamu kepada kamu tapi bagaimana pula dengan ibu tiri kamu? Adakah dia mendapat hak dia sepertimana sepatutnya? Kamu tamak Megat kamu aniaya orang dan kami akan pastikan segala perbuatan kamu menganiaya orang akan terbalas.



Published with Blogger-droid v2.0.10

2 Aug 2013

@NajibRazak @Khairykj 20 Dalil Kenapa Megat Firdauz Tak Layak Jadi Ketua Bahagian

Ini dalil yang pertama SS akan bongkar dan SS akan terus membongkar semua yang dilakukan oleh Datuk Megat sepanjang yang SS tau dan dari maklumat yang SS terima dan risik sendiri.

SS rasa Datuk Megat memang tidak layak langsung nak jadi Ketua Bahagian UMNO Bahagian Subang dengan apa yang dia dah buat selama ni.

Tambahan pula dengan sikap tidak amanah dia ni yang dah terbukti pada tahun 2012 masa dia jadi wakil kepada Dato Bushro dan perhubungan negeri dalam mesyuarat bahagian Ulu Selangor.

Masa tu SS dapat tau Datuk Megat telah mengalihkan undi G7 untuk Tan Sri Rozali.

Pada mulanya Tan Sri Rozali telah pun menang dengan mendapat undi tertinggi tapi kerana dengki terhadap Tan Sri maka undi tersebut telah dialihkan oleh Datuk Megat hingga membuatkan Tan Sri Rozali kalah.

Perkara ini telah dilihat sendiri oleh salah seorang Ahli JawatanKuasa Ulu Selangor hingga membuatkan Ketua Bahagian Ulu Selangor, Datuk Idris terperanjat dan tidak percaya dengan pengumuman keputusan yang dibuat.

Sekarang Datuk Megat bercadang untuk menjadi Ketua Bahagian? Dosa yang dia buat terlampau banyak sampai SS sendiri dapat rasakan kalau dia menjadi Ketua Bahagian pasti akan merosakkan UMNO bahagian Subang.

Orang UMNO di Subang perlu sedar satu perkara lagi yang Datuk Megat hanya akan menjana pendapatan dari apa yang dia perolehi sekiranya jadi Ketua Bahagian.

Orang macam Datuk Megat sesungguhnya amat tidak layak untuk menjadi pemegang tampuk pemerintahan di bahagian Subany sebab daripada segi pengiraan undi di Ulu Selangor pun jelas dia ni tidak amanah dan adakah dia akan memegang amanah jika menjadi Ketua Bahagian kelak?

Tepuk dada tanya iman, jangan tersalah pilih, kelak nanti akan lebih hancur lagi UMNO bahagian Subang oleh orang macam Datuk Megat.

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 Aug 2013

@NajibRazak @Khairykj PEMILIHAN UMNO SUBANG BAKAL MENDEDAHKAN KEPINCANGAN

S.S rasa dalam pemilihan yang akan dilakukan oleh UMNO Subang tidak berapa lagi akan membuka pekong yang selama ini dilakukan dan mungkin ada dikalangan ahli UMNO Subang tidak mengetahui kepincangan tersebut.
Ketua bahagian Subang mungkin telah bertindak secara profesional dengan mengatakan bahawa beliau tidak akan bertanding, tapi betul ke begitu atau nanti akan ada ayat ayat yang mengatakan bahawa beliau masuk kembali bertanding atas kehendak akar umbi.
Kita tinggalkan dulu kes Datuk Bushro Mat Johor dan apa yang SS nak bentangkan kali ini ialah tentang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.
Apa yang SS dengar Datuk Megat  inginkan jawatan sebagai ketua bahagian  memandangkan Datuk Bushro tidak mahu mengekalkan jawatan dan disinilah juga dapat dilihat bahawa kepincangan akan berlaku di Subang jika Datuk Megat dipilih.
SS telah mengikuti perkembangan Datuk Megat selama ini dan beberapa perkara SS telah lihat dan dapat SS kesan terutamanya semasa saat saat akhir sebelum pemilihan calon Barisan Nasional dilakukan.
Apa yang SS dapati, Datuk Megat telah mengutip tandatangan beberapa ketua cawangan dalam bahagian Subang untuk dihantar kepada Perdana Menteri yang mana dalam surat tersebut terkandung bahawa calon Kota Damansara yang ada sekarang tidak layak dipilih sebagai calon Barisan Nasional pada ketika itu.
Walau bagaimana pun, calon tersebut tetap kekal diletakkan dan ini telah membuatkan Datuk Megat tidak begitu selesa kerana beliau sebagai orang nombor dua dalam bahagian tidak mendapat tempat sebagai ADUN.
Perkara ini tidak sepatutnya jadi di kawasan Subang atau seluruh negara kerana menurut Perdana Menteri sendiri pun, cahketing tidak sepatutnya berlaku di seluruh negara yang membabitkan calon Barisan Nasional terutamanya calon UMNO.
Ini bermakna, Datuk Megat tidak bertanggungjawab dan cuba untuk melakukan gerakan cahketing ini di bahagian beliau sendiri dan bagi SS orang seperti ini, kalau duduk di bahagian sebagai pemimpin nombor satu sudah pasti akan berlaku satu gelombang huru hara di bahagian Subang.
Orang macam Datuk Megat seharusnya dikeluarkan dari bahagian Subang yang dulunya penuh dengan sikap kekeluargaan dan toleransi yang begitu akrab.
Published with Blogger-droid v2.0.10

30 Jul 2013

SELAMAT DATANG KE BLOG SUBANG SIBER

Selamat datang ke blog subangsiber...SS akan bongkar segala kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO Subang terutamanya orang yang cuba nak boikot calon Barisan Nasional dalam kawasan Subang masa pilihanraya yang lepas.

Mungkin pembaca dah tahu siapa yang SS maksudkan atau masih belum tahu...tapi insyaallah SS akan dedahkan supaya orang ini tidak diberi tempat dalam pemilihan UMNO bahagian Subang nanti.

Kepada para pembaca...nantikan satu persatu pendedahan yang akan SUBANGSIBER lakukan nanti supaya orang kenal siapa yang menjadi duri dalam daging dalam UMNO Subang..kipidap bro...