S.S rasa dalam pemilihan yang akan dilakukan oleh UMNO Subang tidak berapa lagi akan membuka pekong yang selama ini dilakukan dan mungkin ada dikalangan ahli UMNO Subang tidak mengetahui kepincangan tersebut.
Ketua bahagian Subang mungkin telah bertindak secara profesional dengan mengatakan bahawa beliau tidak akan bertanding, tapi betul ke begitu atau nanti akan ada ayat ayat yang mengatakan bahawa beliau masuk kembali bertanding atas kehendak akar umbi.
Kita tinggalkan dulu kes Datuk Bushro Mat Johor dan apa yang SS nak bentangkan kali ini ialah tentang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.
Apa yang SS dengar Datuk Megat inginkan jawatan sebagai ketua bahagian memandangkan Datuk Bushro tidak mahu mengekalkan jawatan dan disinilah juga dapat dilihat bahawa kepincangan akan berlaku di Subang jika Datuk Megat dipilih.
SS telah mengikuti perkembangan Datuk Megat selama ini dan beberapa perkara SS telah lihat dan dapat SS kesan terutamanya semasa saat saat akhir sebelum pemilihan calon Barisan Nasional dilakukan.
Apa yang SS dapati, Datuk Megat telah mengutip tandatangan beberapa ketua cawangan dalam bahagian Subang untuk dihantar kepada Perdana Menteri yang mana dalam surat tersebut terkandung bahawa calon Kota Damansara yang ada sekarang tidak layak dipilih sebagai calon Barisan Nasional pada ketika itu.
Walau bagaimana pun, calon tersebut tetap kekal diletakkan dan ini telah membuatkan Datuk Megat tidak begitu selesa kerana beliau sebagai orang nombor dua dalam bahagian tidak mendapat tempat sebagai ADUN.
Perkara ini tidak sepatutnya jadi di kawasan Subang atau seluruh negara kerana menurut Perdana Menteri sendiri pun, cahketing tidak sepatutnya berlaku di seluruh negara yang membabitkan calon Barisan Nasional terutamanya calon UMNO.
Ini bermakna, Datuk Megat tidak bertanggungjawab dan cuba untuk melakukan gerakan cahketing ini di bahagian beliau sendiri dan bagi SS orang seperti ini, kalau duduk di bahagian sebagai pemimpin nombor satu sudah pasti akan berlaku satu gelombang huru hara di bahagian Subang.
Orang macam Datuk Megat seharusnya dikeluarkan dari bahagian Subang yang dulunya penuh dengan sikap kekeluargaan dan toleransi yang begitu akrab.
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment