23 Aug 2013

MAT TAIB KEKAL MUBARAK

JOHOR BAHARU 23 Ogos - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib masih kekal keahliannya dalam Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan majlis tersebut yang menyebut keahlian seseorang ahli Mubarak akan terlucut sekiranya ahlinya menyertai pembangkang.

"Tidak ada peruntukan perlembagaan majlis yang menyebut jika seseorang ahli Mubarak itu menyertai pembangkang dia boleh dipecat dan atau keahliannya terlucut, jadi tidak timbul soal beliau masih ahli atau tidak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau dan Mubarak Selangor tetap rasa kesal terhadap tindakan Muhammad yang menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mei lalu.

Sebelum ini, majlis berkenaan dikatakan berhak menggugurkan keahlian Muhammad jika perkara itu dikemukakan Mubarak Selangor kepada pusat.

Abu Hassan berharap dengan penjelasan tersebut, mana mana pihak tidak lagi mempersoalkan tentang status keahlian Muhammad dalam majlis berkenaan. - BERNAMA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone