29 Aug 2013

@LokmanAdam antara calon yang ada potensi sebagai NKP

Antara beberapa calon yang SS lihat kini sedang giat menjalankan sessi pertemuan dan menggunakan pendekatan yang amat berbeza ialah Lokman Nor Adam.

Walaupun pelbagai cerita didengar tentang pemuda Shah Alam ini, SS rasa beliau amat sesuai untuk memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Sejak tahun 2009, Lokman Adam telah menggunakan kepakarannya dalam berpidato dengan menubuhkan unit pidato dalam membantu kerajaan UMNO dan Barisan Nasional bagi mengekalkan kemenangan dan alhamdulillah nampak gayanya Lokman telah berjaya kearah itu.

Beliau juga telah melatih puluhan anak-anak muda dalam Barisan Nasional untuk menjadi pelapis pemidato dalam memberikan ceramah di serata negara.

Selama hampir 5 tahun berceramah kesana kemari dengan menceritakan pengalaman hitam beliau dan membongkar tentang keburukan Pakatan Pembangkang, akhirnya Lokman berjaya mengubah persepsi rakyat.

Ini adalah pengorbanan yang dilakukan oleh Lokman dan SS percaya tidak semua orang mampu untuk melakukan sedemikian.

Terpulanglah kepada para perwakilan, siapa yang akan dipilih untuk menduduki tempat kedua dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tapi bagi SS, Lokman adalah yang paling sesuai.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment