SS terbaca dalam satu group facebook yang ambil sedikit daripada bahan artikel SS dan dimasukkan ke dalam status facebook tersebut.
Lepas tu ada pulak komen yang meminta SS supaya diam dan dalam status tu pulak mengatakan bahawa SS ada dendam peribadi dengan Datuk Megat.
SS akui memang ada dendam antara SS dengan Megat, tapi bukan atas alasan peribadi, tapi atas kerana parti UMNO.
Dendam SS pada Megat apabila mengumpulkan beberapa tandatangan untuk menidakkan pencalonan YB Halimaton sebagai calon Barisan Nasional DUN Kota Damansara.
Sebagai orang nombor dua di bahagian, kenapa perlu kumpul tandatangan macam tu? Nak boikot sebab nama dia tak diletakkan sebagai calon kawasan tu ke?
SS juga tahu bahawa Megat ada mengatakan bahawa sekiranya beliau tidak mendapat tempat sebagai calon di DUN Kota Damansara, maka akan ada plan A dan beberapa Plan lagi demi untuk mendapatkan tempat sebagai calon.
Ini ke sikap seorang pemimpin, dendam SS pada Megat sebab dia cuba nak boikot parti dan ini bukanlah ciri-ciri pemimpin yang diperlukan di bahagian Subang.
Dengan keadaan Negeri Selangor yang masih belum mampu di rampas kembali, kini timbul pula seorang calon Ketua Bahagian yang bermasalah macam Megat.
SS juga tahu bahawa Megat seolah olah merestui calon bebas bertanding untuk menidakkan kemenangan YB Halimaton dan sebagai contoh, Megat telah merestui beberapa orang pendokong calon bebas untuk menjadi perwakilan dalam perhimpunan dan pemilihan peringkat bahagian.
Orang yang macam ni nak diangkat sebagai pemimpin? Nak cari pemimpin biarlah yang telus hatinya untuk sama-sama berjuang dengan akar umbi, bukan mengambil kesempatan terhadap akar umbi kerana kedudukan beliau di bahagian dan di Pemuda UMNO Malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment