29 Aug 2013

@Khairykj SATU PERSATU CAWANGAN MEGAT FIRDOUZ HILANG

Apa dah jadi ni Megat? Nampak gayanya semakin parah di bahagian Subang apabila cawangan penyokong tegar yang dibayar gaji bertukar tangan.

Macam permainan badminton la Megat, kan ada servis bertukar tangan bila servis tak boleh dipatahkan? Begitu jugalah nampaknya di bahagian Subang, Megat dah sampai ke penghujung permainan.

Maknanya orang Megat ni pun sama tak buat kerja di cawangan apabila orang harapan beliau dia cawangan Rumah Pangsa Subang Perdana U3 kecundang di tangan orang baru.

Nampak gayanya Supol KJ ni pasti akan dimandikan di bahagian, kalau KJ tak suruh dia tarik diri dari bertanding, sudah pasti akan memalukan KJ sendiri sebab Supol dinafikan kemenangannya dia bahagian.

Jadi apa kata KJ? Lagi pun SS rasa tak perlulah Megat nak bertanding, baik jaga boss di pejabat Belia dan Sukan tu, berikan kemenangan kepada KJ dan jangan lah dimalukan orang yang dah bawa kita sebagai Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Supol yang belum mengangkat sumpah.

SS berdoa sangat agar Megat kalah di Bahagian sebab perangai memang tak boleh blah, macam-macam hal dia buat di bahagian dan SS akan ceritakan nanti pasal kejadian di Pulau Pangkor pulak.

Tunggu ye Megat, macam mana kamu buat pada UMNO Subang, macam tu juga SS akan buat.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone