31 Aug 2013

@LokmanAdam calon nkppum yang paling lantang bersuara dalam perjuangan

SS nak beri tahu pada pembaca terutamanya pada perwakilan pemuda UMNO yang bakal memilih calon untuk Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Antara yang paling lantang dalam perjuangan UMNO khususnya pemuda ialah Lokman Adam.

Berjuang tanpa mengira masa dan sanggup bersengkang mata semata mata untuk berjuang dalam memberikan maklumat tentang kelakuan pemimpin parti pembangkang khasnya Anwar Ibrahim.

Beliau amat mengenali Anwar Ibrahim dan satu ketika dulu, Lokman Adam pernah termakan dakyah yang dilemparkan terhadap kerajaan yang membolehkan beliau mengenali pembangkang dengan lebih dekat.

Beliau telah kembali ke dalam UMNO kerana merasakan UMNO lah parti yang mampu untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi bukan parti pembangkang yang asyik menipu rakyat semata-mata untuk menjadi kerajaan.

Kita ikuti dua buah video yang dimuat naik dalam pautan youtube dibawah untuk mengenali siapa sebenarnya Lokman Adam.

http://www.youtube.com/watch?v=zZQSwjKWm3s&feature=youtube

Ini pula adalah video kedua beliau yang dimuat naik dan saksikan kedua duanya untuk anda mengenali Lokman dengan lebih dekat.

http://www.youtube.com/watch?v=Yydm6Wd3ti0&feature=youtu.be



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment