31 Aug 2013

@Khairykj sorang lagi jeneral Megat Firdouz tersungkur

SS dapat maklumat yang mengatakan bahawa seoarang lagi jeneral Megat Firdouz telah tersungkur kalah di cawangan beliau iaitu cawangan Siantan.

En. Bahari telah dikalahkan oleh En. Razali dalam pemilihan di peringkat cawangan dan mengikut apa yang SS tau, Bahari adalah orang kuat Megat selama ini.

Nampak gayanya bila disebut sahaja nama Megat, diperingkat cawangan sendiri pun sudah mula menyampah hingga membuatkan ahli cawangan bangun untuk menentang calon yang membawa nama Megat.

Itu di peringkat cawangan dan perlu diingat, peringkat cawangan merupakan gerakan penting bagi membuat pilihan di peringkat bahagian.

SS amat berpuas hati apabila ahli cawangan sendiri telah sedar dengan kepincangan dan menolak kepimpinan yang bakal dibawa oleh Megat di bahagian.

Mungkin ahli cawangan kini sudah bijak, walaupun pelbagai janji ditaburkan oleh Megat, mereka tahu Megat bukanlah orang yang akan menepati janjinya sebab selama ni pun Megat telah terlalu banyak menabur janji di Bahagian Subang.

Bukankah SS dah kata, SS tidak berdendam secara peribadi, tetapi kelakuan Megat telah dikesan dan diketahui oleh ahli UMNO Subang sendiri dan kesannya kita boleh lihat kini apabila ahli-ahli cawangan sendiri tidak mahu dan menolak kepimpinan yang membawa bayangan Megat di peringkat cawangan dan SS yakin lepas ni di peringkat bahagian pun akan jadi perkara sama.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment