SS dapat maklumat bahawa ada mesyuarat cawangan yang dijalankan agak meragukan di Bahagian Subang.
Kenapa jadi macam tu? Sebab ada cawangan di Bahagian Subang yang tidak cukup kehadiran (korum) dibenarkan bermesyuarat oleh pemantau hanya kerana tandatangan dalam kehadiran mencukupi sedangkan semasa mesyuarat berlangsung jelas menunjukkan bahawa kehadiran tidak seperti yang tercatit.
Apa dah jadi ni? Sepatutnya pemantau ini perlu lebih telus dalam meneliti mesyuarat supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan, jika kehadiran semasa mesyuarat tidak mencukupi maka mesyuarat tersebut boleh ditangguhkan.
Mesyuarat yang SS maksudkan disini ialah mesyuarat cawangan Kubu Gajah Bistari, mengikut apa yang dimaklumkan kepada SS, tahun lepas cawangan ini tidak bersidang kerana tidak cukup korum mesyuarat dan tahun ini ianya berlaku sekali lagi dan pemantau melepaskan mesyuarat tersebut semata-mata kerana tahun ini adalah tahun pemilihan.
Mohon kepada badan perhubungan UMNO negeri Selangor untuk memantau perkara ini kerana untuk memajukan parti, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dan ianya perlu diperhalusi agar dapat memantapkan parti selaras dengan kehendak Perdana Menteri agar transformasi parti di lakukan.
Amat memalukan jika perkara sebegini dilakukan tambahan pula di Negeri Selangor dan jika perkara ini berlanjutan, adakah kita mampu untuk menawan kembali Selangor pada pilihanraya akan datang?
Lepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, pandang-pandanglah perkara ini secara serius kerana ianya melibatkan maruah parti itu sendiri.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment