SS rasa bangga dengan YB Halimaton yang tidak mencampuri urusan pemilihan Puteri UMNO Bahagian Subang.
SS dengar ada beberapa suara sumbang yang telah menghubungi YB Halimaton supaya mengarahkan calon Ketua Puteri Bahagian Subang untuk menarik diri namun yang sebenarnya itu bukanlah dibawah bidang kuasa beliau.
Dengan tindakan tidak mencampuri urusan pemilihan Puteri Bahagian, jelas bahawa YB Halimaton atau kak Maton menerima seruan transformasi UMNO dari kepimpinan UMNO Malaysia dan negeri.
Ini menujukkan bahawa kak Maton mengambil sikap profesional dalam urusan pemilihan UMNO Bahagian Subang.
Menjadi calon adalah hak masing masing sekiranya mereka mempunyai kekuatan dan keyakinan diri untuk menyumbang kepada parti, jadi pada SS mengapa perlu kita meminta seseorang untuk menarik diri dari bertanding?
Pertandingan harus dilakukan secara sihat dan bagi SS dengan meminta calon untuk menarik diri apatah lagi dengan menghubungi VIP tertentu adalah satu sikap yang perlu dihapuskan.
SS juga nampak bahawa calon yang diminta untuk menarik diri tersebut mempunyai kekuatan yang amat ampuh dan jika tidak, mengapa beliau diminta supaya menarik diri dari bertanding?
Fikir fikirkanlah untuk kejayaan di bahagian Subang, jangan INTAN dibuang kaca yang diambil.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment