4 Sept 2013

KENYATAAN MEDIA @LokmanAdam : KENAIKAN HARGA RON95 & DIESEL

Ini yang SS jumpa dalam facebook page Lokman Adam, nampaknya Lokman masih seperti dulu tak kisah apa pun, bila tak betul, terus hentam.

Bro Lokman kena ingat, bro tu nak bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, nanti lantang sangat bersuara orang marah.

Tapi dibawah adalah kenyataan Lokman tentang kenaikan harga minyak di Malaysia.


Harga petrol di Malaysia dalam sejak 23 tahun yang lalu (1990)

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85 (kenaikan RM 0.05)
04/12/2010 - RM 1.90 (kenaikan RM 0.05)
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)

Zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 13 tahun (1990 - 2003) harga minyak naik sebanyak RM 0.46.

Zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak RM 1.38 dan turun sebnyk RM 0.90.

Zaman era pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak RM 0.25.

Rakyat perlu sedar bahawa harga ini dipengaruhi oleh harga minyak dunia.
Zaman 90an, harga minyak dunia hanya USD 15-25 satu tong sahaja. Itu sebabnya, Anwar boleh mendabik dada bahawa zaman beliau menjadi Menteri Kewangan, harga minyak hanya RM1.10 seliter. Tapi zaman Pak Lah, harga minyak dunia naik hingga USD 143 satu tong. Harga minyak hari ini sekitar USD107 satu tong.

Anwar boleh janjikan bulan dan bintang pada rakyat, cuma mari kita guna akal kita...bolehkah Anwar turunkan harga minyak 50sen (Kos RM10.5b) dan dlm masa yg sama nak naikkan royalti minyak Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dari 5% kepada 20%. Bagaimana mungkin Anwar boleh tunaikan janji tambahkan subsidi minyak 50 sen jika dlm masa yg sama dia buat janji bg royalti minyak 20% yg pasti menggurangkan pendapatan negara.

Sebelum buat janji baru, tunaikanlah dulu 85% janji lama yg dia buat tahun 2008 di Selangor.

Apapun alasan diiberikan untuk menghalalkan kenaikan harga RON 95 dan Diesel kali ini oleh YAB Perdana Menteri, saya tetap kecewa kerana parti yang saya cintai ini telah buat pertama kalinya memungkiri janji untuk tidak menaikkan harga minyak selepas PRU13.

Saya sedar, memang sukar untuk mengambil keputusan berat menaikkan harga minyak ini, namun saya masih mengharap YAB Perdana Menteri dapat mencari solusi bagi mengembalikan subsidi untuk Ron95 setidak-tidaknya kepada golongan yang berpendapatan isi rumah RM5,000 kebawah.

Samada memberikan vaucher subsidi petrol tambahan atau pemberian fleet card untuk golongan ini, semuanya terletak pada kebijaksanaan beliau.

RM 0.20 mungkin kecil bagi sesetengah golongan, namun ianya cukup membebankan golongan pertengahan dan bawahan. J

ika pengurangan RM 0.20 membolehkan kerajaan jimat RM1.1B untuk baki tahun ini dan RM3.3B setahun mulai tahun depan, saya yakin kos untuk mengurangkan keperitan golongan ini tidak sampai RM1.5B, memandangkan kenderaan yang digunakan oleh golongan ini biasanya 2000cc kebawah dan menikmati nilai subsidi yang rendah berbanding kereta mewah.

Adalah sangat tidak munasabah dan tidak dapat diterima akal dikala GLC melaporkan untung berbilion ringgit, kerajaan tidak berupaya mencari RM1.5B dari sumber lain.

Lakukanlah apa sahaja yang dapat kita lakukan asalkan golongan berpendapatan serderhana dan rendah ini dapat kita ringankan beban mereka.

Lokman Noor Bin Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment