26 Sept 2013

@NajibRazak Megat Firdouz juga tak layak bertanding Ketua Bahagian UMNO Subang

SS tengok dari semalam ramai dikalangan para blogger mempertikai ketidak adilan dalam pemilihan UMNO kali ini yang melibatkan Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal yang tidak layak bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi kerana tidak menjadi Ahli Jawatan Kuasa Bahagian minimum satu penggal.

Apa yang SS nak dedahkan disini ialah, jika Tun Faisal tidak layak bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi kerana tidak menjadi Ahli Jawatan Kuasa bahagian, kenapa Megat Firdouz diberi kebenaran untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian memandangkan beliau tidak pernah memegang jawatan walaupun Ahli Jawatan Kuasa cawangan?

Ini bagi SS amat tidak adil kerana Tun Faisal adalah EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan beliau berpengalaman di peringkat kebangsaan dan kini beliau ditolak untuk bertanding di peringkat kebangsaan juga.

Sepatutnya jika syarat ini hendak dikuatkuasakan sepenuhnya, ianya perlu dilakukan diperingkat bahagian, contohnya SS berikan disini, ahli jawatankuasa cawangan perlulah menjadi ahli sekurang-kurangnya 3 tahun.

Untuk menjadi ketua cawangan perlulah menjadi Ahli Jawatan Kuasa cawangan walaupun sayap selama satu penggal.

Untuk menjadi Ketua atau Ahli Jawatan Kuasa bahagian perlulah menjadi ketua cawangan atau Ahli Jawatan Kuasa cawangan selama satu penggal.

Untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi perlulah menjadi Ketua atau Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal dan untuk bertanding sebagai Presiden, Timbalan Presiden atau Naib Presiden perlulah menjadi Ahli Majlis Tertinggi selama satu penggal, jadi barulah ianya dikatakan adil.

Tetapi kenapa ianya hanya berlaku diperingkat Ahli Majlis Tertinggi dan tidak di semua peringkat, adakah kepimpinan cuba menolak calon-calon muda untuk bertanding sebagai pemimpin di peringkat pusat?

SS rasa jika perkara ini ingin dilaksanakan mulakan daripada ekor bukan terus dikepala dan seperti yang SS kata tadi, Megat Firdouz tidak layak bertanding sebagai Ketua Bahagian Subang kerana beliau tidak mempunyai pengalaman walaupun mentadbir cawangan.

Jadi ada apa-apa bantahan kalau SS katakan begitu? Atau pengikut Megat merasa tergugat dengan apa yang SS sarankan disini?



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment