15 Oct 2013

@tengkuadnanreal @Khairykj Megat Firdouz gunakan jawatan untuk raih undi ? Bila dilantik ?

Megat Firdouz sekarang ni SS nampak dah menyalahi tatetika ahli dalam pertandingan.

Megat menggunakan jawatan sebagai Setiausaha politik Menteri Belia dan Sukan untuk meraih undi dari perwakilan.

Persoalan yang SS nak buat sekarang ni, bila Megat mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik?

SS percaya ada sesuatu disebalik semua ni, Megat boleh dikenakan tindakan di bawah akta penipuan kerana menipu menjawat jawatan sebagai setiausaha politik sedangkan beliau belum lagi mengangkat sumpah kerahsiaan dalam memegang jawatan tersebut.

Cuba baca balik apa yang SS perolehi daripada blog seorang blogger ni tentang perlembagaan UMNO Malaysia.

PERKARA 2.

TAFSIRAN:

2.1.2 "TEMPOH PEMILIHAN" ertinya waktu yang bermula enam (6) bulan sebelum tempoh proses pemilihan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi di semua peringkat parti yang berkenaan sehinggalah enam (6) bulan selepas tamat pemilihan tersebut. Tanpa menjejaskan apa apa maksud diatas, perbuatan perbuatan yang dilakukan sebelum atau selepas Tempoh Pemilihan itu akan diambilkira untuk menentukan niat perlakuan itu.

2.1.3. "BALASAN" termasuklah apa apa pemberian termasuklah wang ringgit, saham saham, konsesi, hadiah pakej percutian, makanan/jamuan, tambang, gelaran/anugerah dan perkara perkara lain yang dinyatakan di dalam etika Tataetika ini.

Tentang perkara diatas, SS dapat tahu Megat ada memberikan wang kepada perwakilan supaya mengundi beliau dan mereka yang SS temui sanggup untuk kehadapan sekiranya diminta berbuat begitu.

3. KESETIAAN

3.1.1. Patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli.

5. SALAHLAKU

5.1. Rasuah/Sokongan Politik

5.1.1. Menyalahgunakan apa jua kuasa secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau melalui mana mana orang lain bagi pihaknya dengan tujuan mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi mana mana orang dalam mana mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

CONTOH:-

(a) Menggunakan kedudukan atau kuasanya secara salah dengan membuat janji janji, memberi pangkat, anugerah/gelaran, peluang perniagaan bagi mendapat undi.

Perkara diatas pula SS rasa pembaca boleh nilaikan daripada gambar diatas dimana Megat menggunakan jawatan Setiausaha Politik walaupun belum lagi mengangkat sumpah.

5.1.3. Memberi atau menerima atau membenarkan ahli keluarga atau mana mana orang untuk memberi atau MENERIMA bagi pihaknya, secara langsung atau secara tidak langsung, kepada atau daripada mana mana Ahli yang lain apa apa jua hadiah, benda atau faedah sama ada secara zahir atau sebaliknya bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

CONTOH:-

Menerima sebarang bentuk hadiah atau benda sebagai imbuhan misalnya:-

- Tambang percuma
- Kemudahan perjalanan
- Perkhidmatan
- Saham saham
- Konsesi
- Kontrak
- Hiburan
- Gelaran atau anugerah

Dengan perlambagaan diatas, SS percaya Megat boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar perlembagaan UMNO.

Satu lagi Megat boleh diambil tindakan kerana menipu perwakilan yang beliau memegang jawatan Setiausaha Politik.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment