31 Aug 2013
@Khairykj sorang lagi jeneral Megat Firdouz tersungkur
En. Bahari telah dikalahkan oleh En. Razali dalam pemilihan di peringkat cawangan dan mengikut apa yang SS tau, Bahari adalah orang kuat Megat selama ini.
Nampak gayanya bila disebut sahaja nama Megat, diperingkat cawangan sendiri pun sudah mula menyampah hingga membuatkan ahli cawangan bangun untuk menentang calon yang membawa nama Megat.
Itu di peringkat cawangan dan perlu diingat, peringkat cawangan merupakan gerakan penting bagi membuat pilihan di peringkat bahagian.
SS amat berpuas hati apabila ahli cawangan sendiri telah sedar dengan kepincangan dan menolak kepimpinan yang bakal dibawa oleh Megat di bahagian.
Mungkin ahli cawangan kini sudah bijak, walaupun pelbagai janji ditaburkan oleh Megat, mereka tahu Megat bukanlah orang yang akan menepati janjinya sebab selama ni pun Megat telah terlalu banyak menabur janji di Bahagian Subang.
Bukankah SS dah kata, SS tidak berdendam secara peribadi, tetapi kelakuan Megat telah dikesan dan diketahui oleh ahli UMNO Subang sendiri dan kesannya kita boleh lihat kini apabila ahli-ahli cawangan sendiri tidak mahu dan menolak kepimpinan yang membawa bayangan Megat di peringkat cawangan dan SS yakin lepas ni di peringkat bahagian pun akan jadi perkara sama.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
@LokmanAdam calon nkppum yang paling lantang bersuara dalam perjuangan
Antara yang paling lantang dalam perjuangan UMNO khususnya pemuda ialah Lokman Adam.
Berjuang tanpa mengira masa dan sanggup bersengkang mata semata mata untuk berjuang dalam memberikan maklumat tentang kelakuan pemimpin parti pembangkang khasnya Anwar Ibrahim.
Beliau amat mengenali Anwar Ibrahim dan satu ketika dulu, Lokman Adam pernah termakan dakyah yang dilemparkan terhadap kerajaan yang membolehkan beliau mengenali pembangkang dengan lebih dekat.
Beliau telah kembali ke dalam UMNO kerana merasakan UMNO lah parti yang mampu untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi bukan parti pembangkang yang asyik menipu rakyat semata-mata untuk menjadi kerajaan.
Kita ikuti dua buah video yang dimuat naik dalam pautan youtube dibawah untuk mengenali siapa sebenarnya Lokman Adam.
http://www.youtube.com/watch?v=zZQSwjKWm3s&feature=youtube
Ini pula adalah video kedua beliau yang dimuat naik dan saksikan kedua duanya untuk anda mengenali Lokman dengan lebih dekat.
http://www.youtube.com/watch?v=Yydm6Wd3ti0&feature=youtu.be
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
29 Aug 2013
@LokmanAdam antara calon yang ada potensi sebagai NKP
Walaupun pelbagai cerita didengar tentang pemuda Shah Alam ini, SS rasa beliau amat sesuai untuk memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Sejak tahun 2009, Lokman Adam telah menggunakan kepakarannya dalam berpidato dengan menubuhkan unit pidato dalam membantu kerajaan UMNO dan Barisan Nasional bagi mengekalkan kemenangan dan alhamdulillah nampak gayanya Lokman telah berjaya kearah itu.
Beliau juga telah melatih puluhan anak-anak muda dalam Barisan Nasional untuk menjadi pelapis pemidato dalam memberikan ceramah di serata negara.
Selama hampir 5 tahun berceramah kesana kemari dengan menceritakan pengalaman hitam beliau dan membongkar tentang keburukan Pakatan Pembangkang, akhirnya Lokman berjaya mengubah persepsi rakyat.
Ini adalah pengorbanan yang dilakukan oleh Lokman dan SS percaya tidak semua orang mampu untuk melakukan sedemikian.
Terpulanglah kepada para perwakilan, siapa yang akan dipilih untuk menduduki tempat kedua dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tapi bagi SS, Lokman adalah yang paling sesuai.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
@Khairykj NAK SURUH SS DIAM ??? MAMPU KE ???
Lepas tu ada pulak komen yang meminta SS supaya diam dan dalam status tu pulak mengatakan bahawa SS ada dendam peribadi dengan Datuk Megat.
SS akui memang ada dendam antara SS dengan Megat, tapi bukan atas alasan peribadi, tapi atas kerana parti UMNO.
Dendam SS pada Megat apabila mengumpulkan beberapa tandatangan untuk menidakkan pencalonan YB Halimaton sebagai calon Barisan Nasional DUN Kota Damansara.
Sebagai orang nombor dua di bahagian, kenapa perlu kumpul tandatangan macam tu? Nak boikot sebab nama dia tak diletakkan sebagai calon kawasan tu ke?
SS juga tahu bahawa Megat ada mengatakan bahawa sekiranya beliau tidak mendapat tempat sebagai calon di DUN Kota Damansara, maka akan ada plan A dan beberapa Plan lagi demi untuk mendapatkan tempat sebagai calon.
Ini ke sikap seorang pemimpin, dendam SS pada Megat sebab dia cuba nak boikot parti dan ini bukanlah ciri-ciri pemimpin yang diperlukan di bahagian Subang.
Dengan keadaan Negeri Selangor yang masih belum mampu di rampas kembali, kini timbul pula seorang calon Ketua Bahagian yang bermasalah macam Megat.
SS juga tahu bahawa Megat seolah olah merestui calon bebas bertanding untuk menidakkan kemenangan YB Halimaton dan sebagai contoh, Megat telah merestui beberapa orang pendokong calon bebas untuk menjadi perwakilan dalam perhimpunan dan pemilihan peringkat bahagian.
Orang yang macam ni nak diangkat sebagai pemimpin? Nak cari pemimpin biarlah yang telus hatinya untuk sama-sama berjuang dengan akar umbi, bukan mengambil kesempatan terhadap akar umbi kerana kedudukan beliau di bahagian dan di Pemuda UMNO Malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
@Khairykj MEGAT FIRDOUZ KETAGIH RIBENA DI PANGKOR ??? APA KENA MENGENA ???
SS pun taknak cakap banyak-banyak sebab SS tahu cerita daripada A sampai Z macam mana Megat boleh ketagih RIBENA masa di pulau tersebut.
Tapi jangan le buat penafian pulak ye Datuk Megat, sebab nanti SS keluarkan semua bukti mesti Datuk Megat malu.
YB Khairy cuba tanya balik pada Datuk Megat apa dah jadi di Pulau Pangkor tersebut dan tengok apa jawapan Megat.
Jangan sampai memalukan YB Khairy di Kementerian sudahlah, nanti orang akan kata YB Khairy tak bijak memilih orang untuk jadi Supol sendiri.
Tambahan pula dah makin ramai orang tahu tentang hal tu dan orang orang Subang pun dah ramai tahu apa kaitan RIBENA dan Pulau Pangkor.
Nanti SS akan bongkar lagi apa cerita di Pulau Pangkor ni, harap Datuk Megat bersiap sedialah dengan jawapan dan alasan yang agak kukuh.
SS dedahkan semua ni sebab tak mahu ada pemimpin yang berperangai jijik didalam bahagian Subang sebab SS sayangkan UMNO Subang ni.
Kepada perwakilan Subang, tolak pemimpin yang jijik sampai merosakkan rumah tangga orang macam Megat ni.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
@Khairykj SATU PERSATU CAWANGAN MEGAT FIRDOUZ HILANG
Macam permainan badminton la Megat, kan ada servis bertukar tangan bila servis tak boleh dipatahkan? Begitu jugalah nampaknya di bahagian Subang, Megat dah sampai ke penghujung permainan.
Maknanya orang Megat ni pun sama tak buat kerja di cawangan apabila orang harapan beliau dia cawangan Rumah Pangsa Subang Perdana U3 kecundang di tangan orang baru.
Nampak gayanya Supol KJ ni pasti akan dimandikan di bahagian, kalau KJ tak suruh dia tarik diri dari bertanding, sudah pasti akan memalukan KJ sendiri sebab Supol dinafikan kemenangannya dia bahagian.
Jadi apa kata KJ? Lagi pun SS rasa tak perlulah Megat nak bertanding, baik jaga boss di pejabat Belia dan Sukan tu, berikan kemenangan kepada KJ dan jangan lah dimalukan orang yang dah bawa kita sebagai Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Supol yang belum mengangkat sumpah.
SS berdoa sangat agar Megat kalah di Bahagian sebab perangai memang tak boleh blah, macam-macam hal dia buat di bahagian dan SS akan ceritakan nanti pasal kejadian di Pulau Pangkor pulak.
Tunggu ye Megat, macam mana kamu buat pada UMNO Subang, macam tu juga SS akan buat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
23 Aug 2013
MAT TAIB KEKAL MUBARAK
Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan majlis tersebut yang menyebut keahlian seseorang ahli Mubarak akan terlucut sekiranya ahlinya menyertai pembangkang.
"Tidak ada peruntukan perlembagaan majlis yang menyebut jika seseorang ahli Mubarak itu menyertai pembangkang dia boleh dipecat dan atau keahliannya terlucut, jadi tidak timbul soal beliau masih ahli atau tidak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau dan Mubarak Selangor tetap rasa kesal terhadap tindakan Muhammad yang menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mei lalu.
Sebelum ini, majlis berkenaan dikatakan berhak menggugurkan keahlian Muhammad jika perkara itu dikemukakan Mubarak Selangor kepada pusat.
Abu Hassan berharap dengan penjelasan tersebut, mana mana pihak tidak lagi mempersoalkan tentang status keahlian Muhammad dalam majlis berkenaan. - BERNAMA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
21 Aug 2013
@Khairykj @NajibRazak Megat Firdouz Megat Junid pemimpin munafik
Megat Firdouz Megat Junid yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan ada ciri-ciri seorang yang munafik.
Kenapa SS cakap sebegitu? Sebab ada beberapa janji yang tidak ditepati oleh Megat Firdouz selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian.
Salah satunya ialah, janji yang diberikan untuk memberi sumbangan sebanyak 50 buah kerusi bagi kegunaan cawangan tersebut tetapi ianya hanyalah janji tinggal janji.
Begitu juga yang SS dengar tentang pemberian bantuan kerusi roda kepada seorang ahli yang memerlukan kerusi roda tersebut, ianya juga tinggal kenangan.
Orang macam Megat ni memang tak layak untuk menerajui bahagian Subang kerana bahagian Subang memerlukan seorang pemimpin yang mampu untuk melunaskan janji-janji mereka kepada ahli serta rakyat.
Bagi SS, dengan kekayaan yang dimiliki oleh Megat, tidak menjadi masalah untuk beliau memberikan sumbangan-sumbangan seperti yang dijanjikan oleh beliau, tetapi perkara itu tidak berlaku.
Apakah bahagian Subang masih mahu pemimpin seperti ini untuk menjadi Ketua Bahagian?
Cukuplah apa yang dilakukan sebagai Timbalan Ketua Bahagian, disitu kita sudah nampak siapa Megat Firdouz yang sebenar.
SS menyeru kepada ahli UMNO Bahagian Subang supaya sama-samalah kita menolak pemimpin yang sebegini demi untuk mengukuhkan UMNO Subang dan Selangor.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
15 Aug 2013
@NajibRazak @Khairykj MEGAT FIRDOUZ SUPOL ATAU PION ???
SS rasa pelik sikit dengan jawatan yang dipegang oleh Datuk Megat Firdouz di Kementerian Belia dan Sukan sekarang ni.
Adakah beliau seorang Setiausaha Politik ataupun beliau seorang budak pejabat atau dalam kata lainnya pion.
SS tertanya tanya apa jawatan sebenar beliau di kementerian tersebut.
Dalam direktori Kementerian, nama Datuk Megat di letakkan sebagai Supol tapi yang buatkan SS pelik ialah bila Datuk Megat angkat sumpah?
Setahu SS semua Supol perlu mengangkat sumpah menyimpan kerahsiaan terlebih dahulu di hadapan Perdana Menteri dan SS tertunggu tunggu juga bila masa yng sesuai untuk Datuk Megat mengangkat sumpah.
Mungkin benar sepertimana yang SS dengar selama ni yang pertamanya tentang kelulusan Datuk Megat selama ini.
Nanti SS buka cerita kelulusan dalam artikel SS yang seterusnya nanti ok.
Tapi SS dengar bahawa Perdana Menteri sendiri pun agak keberatan apabila nama Datuk Megat diletakkan sebagai Supol kepada KJ selaku menteri.
Mungkin Perdana Menteri dah tau agaknya yang Megat ni akan mencari kekayaan dengan jawatan tersebut jika dilantik dan ini menjadi masalah kepada kementerian dan juga parti dikemudian hari.
Tapi walaupun belum angkat sumpah, Megat ni dah tempah kad nama awal-awal dan tertera dalam kad beliau bahawa beliau adalah Supol.
SS dah lama kenal dengan Datuk Megat ni dari Kelana Jaya lagi.
Kepimpinan beliau semasa memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian juga pincang, begitu juga semasa menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan kini memegang jawatan timbalan Ketua Bahagian di Subang.
Semua rahsia Megat ada dalam poket SS dan SS akan bongkarkan satu persatu dam tempoh terdekat.
Apa yang pasti Megat tidak akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian tetapi akan bertanding sebagai Ketua Bahagian pula.
SS takkan benarkan perkara ini berlaku kerana SS tau, Datuk Megat mempunyai agenda tertentu jika memenangi jawatan tersebut.
Bukan SS dengki atau cemburu hati, tapi SS rasa belum masanya dan belum layak untuk Datuk Megat memegang jawatan tersebut.
SS katakan demikian sebab, SS tau sangat dan boleh dikatakan rapat dengan Megat ni.
Jadi SS tau latar belakang Megat daripada segi kehidupan dan juga betapa sosialnya beliau.
Sosial yang macam mana? Nanti SS buka siapa Megat Firdouz ni yang sebenarnya, sampai ada puteri bahagian yang bercerai bungkai sebab anak arwah Tan Sri Megat Junid ni.
Mungkin orang luar tak tau, tapi SS tau dan ada juga orang di bahagian Subang yang tau sangat perkara tu.
Ni dengar cerita sebelum hari raya hari tu beberapa orang wakil dari Gerakan Belia 4B Subang membuat kunjungan hormat ke pejabat Supol Kementerian Belia ni di Putrajaya.
Kena tipu pulak 4B Subang dengan Datuk Megat, tak tau le apa janji dia pada 4B Subang lepas tu, tapi ramai orang tahu kalau Megat ni berjanji boleh dengar je, jangan simpan janji tu, kalau boleh lepas keluar dari pejabat dia tinggalkan saja janji tu dalam pejabat, kalau bawa keluar akan ada yang kecewa nanti.
5 Aug 2013
@NajibRazak @Khairykj MEGAT FIRDAUZ JANGAN TERLALU ANGKUH

2 Aug 2013
@NajibRazak @Khairykj 20 Dalil Kenapa Megat Firdauz Tak Layak Jadi Ketua Bahagian
Ini dalil yang pertama SS akan bongkar dan SS akan terus membongkar semua yang dilakukan oleh Datuk Megat sepanjang yang SS tau dan dari maklumat yang SS terima dan risik sendiri.
SS rasa Datuk Megat memang tidak layak langsung nak jadi Ketua Bahagian UMNO Bahagian Subang dengan apa yang dia dah buat selama ni.
Tambahan pula dengan sikap tidak amanah dia ni yang dah terbukti pada tahun 2012 masa dia jadi wakil kepada Dato Bushro dan perhubungan negeri dalam mesyuarat bahagian Ulu Selangor.
Masa tu SS dapat tau Datuk Megat telah mengalihkan undi G7 untuk Tan Sri Rozali.
Pada mulanya Tan Sri Rozali telah pun menang dengan mendapat undi tertinggi tapi kerana dengki terhadap Tan Sri maka undi tersebut telah dialihkan oleh Datuk Megat hingga membuatkan Tan Sri Rozali kalah.
Perkara ini telah dilihat sendiri oleh salah seorang Ahli JawatanKuasa Ulu Selangor hingga membuatkan Ketua Bahagian Ulu Selangor, Datuk Idris terperanjat dan tidak percaya dengan pengumuman keputusan yang dibuat.
Sekarang Datuk Megat bercadang untuk menjadi Ketua Bahagian? Dosa yang dia buat terlampau banyak sampai SS sendiri dapat rasakan kalau dia menjadi Ketua Bahagian pasti akan merosakkan UMNO bahagian Subang.
Orang UMNO di Subang perlu sedar satu perkara lagi yang Datuk Megat hanya akan menjana pendapatan dari apa yang dia perolehi sekiranya jadi Ketua Bahagian.
Orang macam Datuk Megat sesungguhnya amat tidak layak untuk menjadi pemegang tampuk pemerintahan di bahagian Subany sebab daripada segi pengiraan undi di Ulu Selangor pun jelas dia ni tidak amanah dan adakah dia akan memegang amanah jika menjadi Ketua Bahagian kelak?
Tepuk dada tanya iman, jangan tersalah pilih, kelak nanti akan lebih hancur lagi UMNO bahagian Subang oleh orang macam Datuk Megat.