14 Jun 2016

KERAJAAN AZMIN ALI TERUS TINDAS PARA NELAYAN @NajibRazak @nohomar #scs93 #prksgbesar #kekalbn #inilahbudiman

Dulu dah elok kerajaan Barisan Nasional memerintah, dapat segala kemudahan dan hidup dengan keselesaan, ada pulak yang datang menghasut kononnya kerajaan Barisan Nasional tak bagus dan sebagainya.

Datang le pulak sebuah 3 buah parti pada ketika itu kononnya akan mebantu rakyat Selangor keluar dari belenggu serta dibantu sehabis daya oleh kerajaan negeri jika mereka memerintah.

Maka berduyun-duyunlah rakyat jelata memberikan undi kepada PKR, DAP dan PAS pada masa itu hingga mereka mewujudkan apa yang disebut sebagai kerajaan Pakatan Rakyat.

Bermula dari itu, maka episod demi episod yang menunjukkan belang Pakatan ini jelas kelihatan dengan kenaikan segala macam cukai termasuk cukai tanah.





Kini kerajaan negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor atau LUAS akan menegenakan pula cukai sampan dimana setiap sampan yang diletakkan di gigi air di Seluruh Selangor akan dikenakan CAJ sebanyak RM 600 setahun.


Ini bermakna setiap dari seorang nelayan akan menyumbang sebanyak RM 600 setahun dan kalau dikalikan dengan 1000 orang nelayan di sekitar kawasan Sungai Besar sahaja, maka setahun LUAS akan memperolehi pendapatan sebanyak RM 600 RIBU, itu kalau seribu orang, kalau lebih maka lebih la pendapatan melalui cukai sampan.

Kemana pulak duit tu nak dibelanjakan? Untuk pembinaan jeti nelayan, kerajaan pusat dah sediakan, bantuan kepada nelayan kerajaan pusat dah adakan, jadi apa pula peranan kerajaan negeri hingga tergamak memeras para nelayan di Selangor?

Sendiri fikirlah wahai warga nelayan, kalau anda tidak mengubah kerajaan negeri ini, maka kehidupan anda tidak akan berubah.

hariosss...

No comments:

Post a Comment