29 May 2014

Tindakan SKMM tepat dan efektif


SS dapat cerita yang mengatakan bahawa SKMM kini sedang giat menjalankan operasi tentang perkhidmatan telekomunikasi yang semakin bermasalah.

Salah satu yang dilakukan oleh SKMM ialah dengan mendenda syarikat-syarikat TELCO yang memberikan khidmat tidak memuaskan kepada pengguna dalam talian telefon bimbit.

Apa yang kita lihat ialah, pengguna senantiasa berhadapan dengan dropcall yang mana ia sebenarnya merupakan satu kerugian kepada pengguna telefon bimbit.

SS sendiri selalu mengalami permasalahan yang sama apabila sedang melakukan panggilan tiba-tiba panggilan terputus dan ini merugikan pengguna dimana caj yang dikenakan tetap sama dan ianya di kenakan kepada pengguna. 

Tindakan SKMM ini dilihat amat tepat dan harap ianya berkesan supaya pihak syarikat TELCO ini tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna memandangkan mereka ini mengambil keuntungan berlipat kali ganda dengan perkhidmatan yang tidak setimpal.





1 Jan 2014

Pejuang Megat Firdouz meroyan lagi @khairykj

Ni apa pulak SS dengar ni? PSS meroyan sampai kata Ketua Bahagian yang baru berjudi segala bagai.

Alamak PSS, macam le SS tak tau siapa sebenarnya yang kuat berjudi, bukan setakat judi, bini orang pun dia sapu.

Jangan le nak tutup kesalahan boss sendiri sampai kata orang lain pulak buat kesilapan tu.

Yang SS tau semenjak menjadi Ketua Bahagian, Dato Zein Isma hari-hari ada di pejabat, itu yang SS dengar la.

Takde pulak dengar cerita dia berjudi macam boss si PSS, Datuk Megat yang sampai sekarang ni masih lagi buat perkara sama.

Nak SS keluarkan bukti bergambar ke?

Rasanya PSS pun tau banyak gambar-gambar Megat yang agak kurang senonoh masih lagi ada.

Baru-baru ni SS ada juga ternampak yang PSS kononnya hentam boss dia si Megat, agaknya nak tunjukkan dia ni tak menyebelah mana-mana pihak.

Tapi semua permainan tu SS dah biasa sangat la, hentam sikit supaya nampak neutral, tapi pakat elok-elok supaya boss tak melenting.

Kesian si PSS, sampai sanggup fitnah orang sebab kecewa boss dia kalah dalam pemilihan yang lepas.

Kepada Datuk Megat pulak, SS rasa nak cakap sikit la, sudah-sudah le melakukan onar tu sebab bangkai gajah tak boleh ditutup.

Suruh le PSS tu tak payah nak usik pasal bahagian Subang ni, kalau dah tak berkenan duduk diam-diam tak payah nak fitnah orang.

SS bercakap sebab SS ada bukti yang boss kepada PSS yang juga merupakan bekas boss SS lebih teruk daripada Ketua Bahagian yang ada sekarang.

Setiap manusia tak lepas dari kesilapan, tapi kalau kerap sangat melakukan kesilapan tu dah macam dirancang je kan?

Jadi nasihat SS kepada PSS, berbaiklah dengan bahagian, dan berkhidmatlah sebaik mungkin, berikan cadangan dan pendapat yang baik untuk sama-sama majukan UMNO Bahagian.

Takut nanti SS pulak yang hilang pertimbangan sampai keluar segala gambar Megat yang SS pernah ambil masa sama-sama menjadi pengikut Jahiliah bawaan dia dulu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone