Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sejak akhir-akhir ni nampaknya tak lekang dari fitnah-fitnah yang di tujukan kepada beliau. Terbaru pulak, portal Sarawak Report yang digunakan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai kitab rujukan beliau sekali lagi mengeluarkan fitnah yang mengaitkan Perdana Menteri dengan 1MDB. Tapi kali ni, 1MDB mengambil langkah bijak dengan membuat penafian secara pantas bagi mengekang fitnah tersebut diguna pakai. Tapi SS percaya, sudah pasti ada juga nanti yang gunakan laporan Sarawak Report walau pun tau yang portal tersebut menipu dan ianya semata-mata untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri. Dibawah, SS masukkan kenyataan media dari 1MDB tentang fitnah terbaru terhadap PM. Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad Dikeluarkan pada 3 Julai 2015 Untuk siaran segera 1MDB tidak pernah berikan dana kepada PM Merujuk kepada laporan-laporan media yang diterbitkan awal hari ini, 1MDB ingin menjelaskan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri. Untuk mengatakan sebaliknya, seperti yang telah dilakukan oleh beberapa pihak media, adalah sangat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu percubaan yang sengaja untuk melemahkan syarikat. Pendedahan baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesahihan beberapa dokumen yang 'dibocorkan' yang mana beberapa media tertentu, dan blog-blog online seperti Sarawak Report, telah gunakan untuk mengelirukan masyarakat dan memberikan justifikasi untuk dakwaan palsu terhadap syarikat dan kerajaan. Berdasarkan laporan-laporan akhbar, dokumen-dokumen ini didapati telah diubah, dan telah digunakan oleh seorang individu – yang kini ini ditahan di sebuah negara asing – untuk memeras ugut bekas majikannya. Oleh itu kami terkejut bahawa dokumen-dokumen seperti ini, yang kewujudan dan kesahihannya belum disahkan secara terbuka, terus digunakan sebagai asas untuk membuat dakwaan tidak berasas yang baru terhadap 1MDB. 1MDB kini sedang bekerjasama dalam beberapa siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkenaan termasuk Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Bank Negara. Pihak-pihak berkuasa ini mempunyai semua maklumat berkaitan, dan kami meminta semua pihak untuk menunggu hasil penemuan mereka sebelum membuat dakwaan seterusnya dan bergegas untuk menghakimi perkara tersebut. |
3 Jul 2015
APA LA MALANG NASIB @NajibRazak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment