29 May 2014

Tindakan SKMM tepat dan efektif


SS dapat cerita yang mengatakan bahawa SKMM kini sedang giat menjalankan operasi tentang perkhidmatan telekomunikasi yang semakin bermasalah.

Salah satu yang dilakukan oleh SKMM ialah dengan mendenda syarikat-syarikat TELCO yang memberikan khidmat tidak memuaskan kepada pengguna dalam talian telefon bimbit.

Apa yang kita lihat ialah, pengguna senantiasa berhadapan dengan dropcall yang mana ia sebenarnya merupakan satu kerugian kepada pengguna telefon bimbit.

SS sendiri selalu mengalami permasalahan yang sama apabila sedang melakukan panggilan tiba-tiba panggilan terputus dan ini merugikan pengguna dimana caj yang dikenakan tetap sama dan ianya di kenakan kepada pengguna. 

Tindakan SKMM ini dilihat amat tepat dan harap ianya berkesan supaya pihak syarikat TELCO ini tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna memandangkan mereka ini mengambil keuntungan berlipat kali ganda dengan perkhidmatan yang tidak setimpal.





No comments:

Post a Comment