13 Dec 2013

Facebooker PSS dah meroyan semula

Kesian pula SS tengok facebooker PSS yang kini sedang sibuk menghentam kepimpinan UMNO Subang.

Tak cukup dengan YB Halimaton, boleh dikatakan hampir semua kepimpinan nak diserangnya.

SS fikir PSS ni dah lupa kot yang SS kenal sangat dengan dia, jangan sampai SS rasa sudah tiba masanya untuk SS perkenalkan dia di khalayak ramai sudah la.

Kena ingat bro, dulu kita sama-sama duduk semeja menyokong Megat, tapi oleh kerana Megat dah sememangnya SS nampak tak boleh dijadikan ketua, maka SS pun bertindak untuk menarik diri dan keluarkan semua cerita yang SS tau pasal Megat untuk kepentingan orang-orang Subang.

Dengar kata Ketua Pemuda pun dah nak buat report polis tu, kalau ditakdirkan susah sangat nak tangkap si PSS ni, nanti SS dedahkan siapa dia.

Mungkin PSS dah tak ingat siapa SS, tapi bila cara tu dah sampai fitnah orang, maka SS takkan teragak-agak untuk terjah gambar PSS masuk dalam blog SS ni dan jangan marah kalau SS buat macam tu.

Untuk PSS, SS nasihatkan supaya berhentilah dari fitnah orang tak tentu kira, sebab adalah menjadi dosa besar kalau fitnah orang ni.

Kalau nak diceritakan masa SS serang Megat dulu, itu semua cerita benar dan bukan rekaan, alahai macam PSS tak tau pulak apa yang Megat pernah buat dulu kan.

Dah kalah buat cara kalah, tak perlu nak tegakkan benang basah dengan fitnah orang.

Sampai kata anak YB Halimaton nak diletakkan sebagai pegawai JASA, gambar arak kononnya untuk ingatkan Ketua Pemuda tentang perilaku di Sarawak.

Kalau setakat dengar tapi takde bukti jangan buat bro, sebab kalau SS keluarkan bukti nanti habis terangkat semua, bungkus habis pula nanti.

Oh ya.. SS minta maaf sebab dah lama tak menulis, bukan apa, SS agak sibuk sikit sekarang ni dan baru sahaja pulang ke tanah air.

Balik-balik je dah ternampak si PSS ni mengelupur semula dalam FB.

Kalau ye pun kecewa, bagi kepimpinan baru ni buat kerja dulu, tengok sejauh mana gerak kerja mereka tapi janganlah serang sampai macam tu.

Ok lah, SS nak rehat dulu, nanti kita tengok kalau-kalau PSS ni agak menyusahkan orang nak buat kerja, SS akan keluarkan gambar serta IP address PSS sekali.

Masa tu nanti jangan menyesal tau, sebab kita sama-sama kenal, tapi mungkin PSS tak kenal dengan SS sebab selama ni SS tak pernah tunjuk pun yang SS ni mampu untuk menulis dilaman blog.