26 Sep 2013

@NajibRazak Megat Firdouz juga tak layak bertanding Ketua Bahagian UMNO Subang

SS tengok dari semalam ramai dikalangan para blogger mempertikai ketidak adilan dalam pemilihan UMNO kali ini yang melibatkan Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal yang tidak layak bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi kerana tidak menjadi Ahli Jawatan Kuasa Bahagian minimum satu penggal.

Apa yang SS nak dedahkan disini ialah, jika Tun Faisal tidak layak bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi kerana tidak menjadi Ahli Jawatan Kuasa bahagian, kenapa Megat Firdouz diberi kebenaran untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian memandangkan beliau tidak pernah memegang jawatan walaupun Ahli Jawatan Kuasa cawangan?

Ini bagi SS amat tidak adil kerana Tun Faisal adalah EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan beliau berpengalaman di peringkat kebangsaan dan kini beliau ditolak untuk bertanding di peringkat kebangsaan juga.

Sepatutnya jika syarat ini hendak dikuatkuasakan sepenuhnya, ianya perlu dilakukan diperingkat bahagian, contohnya SS berikan disini, ahli jawatankuasa cawangan perlulah menjadi ahli sekurang-kurangnya 3 tahun.

Untuk menjadi ketua cawangan perlulah menjadi Ahli Jawatan Kuasa cawangan walaupun sayap selama satu penggal.

Untuk menjadi Ketua atau Ahli Jawatan Kuasa bahagian perlulah menjadi ketua cawangan atau Ahli Jawatan Kuasa cawangan selama satu penggal.

Untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi perlulah menjadi Ketua atau Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal dan untuk bertanding sebagai Presiden, Timbalan Presiden atau Naib Presiden perlulah menjadi Ahli Majlis Tertinggi selama satu penggal, jadi barulah ianya dikatakan adil.

Tetapi kenapa ianya hanya berlaku diperingkat Ahli Majlis Tertinggi dan tidak di semua peringkat, adakah kepimpinan cuba menolak calon-calon muda untuk bertanding sebagai pemimpin di peringkat pusat?

SS rasa jika perkara ini ingin dilaksanakan mulakan daripada ekor bukan terus dikepala dan seperti yang SS kata tadi, Megat Firdouz tidak layak bertanding sebagai Ketua Bahagian Subang kerana beliau tidak mempunyai pengalaman walaupun mentadbir cawangan.

Jadi ada apa-apa bantahan kalau SS katakan begitu? Atau pengikut Megat merasa tergugat dengan apa yang SS sarankan disini?



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

25 Sep 2013

Hebat politik Abdullah Mat !!! Pakar dalam laga melaga

SS dapat menghidu satu kisah lagi di Subang yang mana, pendatang baru dalam UMNO Subang cuba untuk melaga lagakan calon-calon yang bakal bertanding.

Nak tau siapa dia, itu gambar diatas tu, bekas ahli dari Kelana Jaya yang dibawa masuk untuk diberi peluang berpolitik setelah di Kelana Jaya tidak mendapat tempat.

Haji Abdullah Mat, dulu seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia kemudian menyepikan diri kerana mungkin dipinggirkan atas sikap beliau yang suka melaga-lagakan orang sepertimana yang berlaku kini.

Abdullah Mat ni sekarang dah masuk ke line-up Datuk Megat Firdauz dan beliau kini mencanangkan bahawa Datuk Zein Isma membawa masuk si Abdullah Mat ni untuk melawan Dato Harisson.

Apa yang terjadi sebenarnya? Abdullah Mat hanya mahukan kedudukan sebagai Timbalan Ketua Bahagian supaya dapat mengumpul kekayaan, mungkin lepas ni nak pakai Lamborghini kot, sekarang ni setakat pakai kereta Porsche saja.

Semalam SS dengar, Abdullah Mat telah mengadakan pertemuan sulit dengan jentera pemilihan Megat Firdouz seperti cikgu Yusof, Jasni dan beberapa orang lagi di Ara Damansara.

Itu adalah bukti dimana Abdullah Mat sebenarnya adalah pengikut Megat Firdouz dan cuba untuk menunjukkan bahawa beliau ada dalam barisan Dato Zein supaya pertelingkahan berlaku diantara Dato Zein dan juga Dato Harisson.

Hebat permainan Haji Abdullah ni kan, tapi sehebat mana pun dia, SS dapat menghidu pergerakan Haji Abdullah kerana SS ada menghantar orang untuk melihat apa yang dilakukan oleh Haji Abdullah, sebab SS kurang yakin dengan kehadiran beliau ke Bahagian Subang.

Baru sangat masuk ke Subang ni, tapi dah cuba nak jadi pelakon tambahan dalam filem yang diarahkan oleh Megat, mungkin haji Abdullah kali ni melakukan kesilapan apabila dia masuk dalam barisan musuh SS yang memang SS tak akan iktiraf jika menang sekalipun sebagai Ketua Bahagian iaitu Megat Firdouz.

Nampaknya SS sudah ada satu lagi prospek yang perlu SS siasat dan jejaki untuk didedahkan kepada para perwakilan di Subang.

Nanti SS akan siasat apa yang dilakukan selama ni oleh Haji Abdullah hingga dia ni dipinggirkan di Kelana Jaya dulu, lepas tu SS akan kisahkan kepada para perwakilan.

Dan jangan lupa, kisah Megat minum Ribena masih belum SS dedahkan lagi, sebab SS amat rapat dengan mangsa keadaan Megat yang agak nakal sikit ni.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

24 Sep 2013

@nohomar CALON KETUA PUTERI SUBANG TARIK DIRI

SS rasa sedikit kecewa apabila calon Ketua Puteri Bahagian menarik diri dari bertanding.

SS dengar ini semua akibat daripada YB Halimaton yang telah memberikan nasihat supaya calon tersebut menarik diri.

Satu yang SS banggakan ialah, calon yang menarik diri ini mampu untuk mendengar nasihat.

Perkara ini tidak berlaku di tempat lain yang mana calon biasanya akan meneruskan pertandingan dan membiarkan perwakilan menentukan hala tuju politik mereka.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TAHNIAH !!! YB HALIMATON TIDAK CAMPURI PEMILIHAN PUTERI UMNO BAHAGIAN !!!

SS rasa bangga dengan YB Halimaton yang tidak mencampuri urusan pemilihan Puteri UMNO Bahagian Subang.

SS dengar ada beberapa suara sumbang yang telah menghubungi YB Halimaton supaya mengarahkan calon Ketua Puteri Bahagian Subang untuk menarik diri namun yang sebenarnya itu bukanlah dibawah bidang kuasa beliau.

Dengan tindakan tidak mencampuri urusan pemilihan Puteri Bahagian, jelas bahawa YB Halimaton atau kak Maton menerima seruan transformasi UMNO dari kepimpinan UMNO Malaysia dan negeri.

Ini menujukkan bahawa kak Maton mengambil sikap profesional dalam urusan pemilihan UMNO Bahagian Subang.

Menjadi calon adalah hak masing masing sekiranya mereka mempunyai kekuatan dan keyakinan diri untuk menyumbang kepada parti, jadi pada SS mengapa perlu kita meminta seseorang untuk menarik diri dari bertanding?

Pertandingan harus dilakukan secara sihat dan bagi SS dengan meminta calon untuk menarik diri apatah lagi dengan menghubungi VIP tertentu adalah satu sikap yang perlu dihapuskan.

SS juga nampak bahawa calon yang diminta untuk menarik diri tersebut mempunyai kekuatan yang amat ampuh dan jika tidak, mengapa beliau diminta supaya menarik diri dari bertanding?

Fikir fikirkanlah untuk kejayaan di bahagian Subang, jangan INTAN dibuang kaca yang diambil.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

17 Sep 2013

@lokmanadam beraksi hebat !!

Cepat tonton aksi Lokman Noor Adam yang agak melampau !!!

Korang ada 1 jam utk tonton sebelum di delete

Saksikan Video Ke4 Lokman Adam
http://youtu.be/RH_0UfsyQzo

Video Ke3 Pendirian @LokmanAdam Mengenai Isu #KalimahALLAH - YouTube
http://m.youtube.com/watch?v=XOmBFIOnTKo&guid=&hl=ms&gl=US&client=mv-google

Video Ke2 Apa Kelebihan Lokman Adam http://www.youtube.com/watch?v=Yydm6Wd3ti0&feature=youtu.be

Video Pertama. Siapa Lokman Adam
http://www.youtube.com/watch?v=zZQSwjKWm3s&feature=youtube
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

16 Sep 2013

@Khairykj apa kelulusan Megat Firdouz ?? Boleh bagi pengesahan ??

SS nak bagi tahu dekat sini pada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, saudara Khairy Jamaluddin bahawa Datuk Megat Firdouz yang YB lantik sebagai Penolong Setiausaha Pemuda UMNO tu cuma lulusan SPM sahaja.

Bila ditanya kelulusan si Megat ni dia pasti akan mengatakan bahawa dia lulusan ijazah dari Birmingham tapi apa buktinya?

SS selalu dengar kalau lulusan ijazah ni sudah pasti ada Bachelor of apa-apa lah Hons apa-apa lah, tapi si Megat ni takde pulak semua tu.

Apa yang SS tau tentang si Megat ni, dulu dia ada masuk ke Universiti Islam Antarabangsa tapi tak habis belajar pun, sekerat jalan sahaja.

Ini disebabkan Arwah Tan Sri Megat Junid pada masa tu dah tak larat nak tanggung si Megat ni sebab terlampau banyak pakai duit untuk berpoya-poya tapi bukan untuk belajar.

Kemudia Megat memang dihantar keluar negeri oleh Arwah Tan Sri, tapi rupa-rupanya lagi hebat si Megat ni buat perangai dan lagi sekali dia balik ke Malaysia tanpa apa-apa sijil atau diploma atau ijazah.

Megat ni SS boleh gelarkan sebagai anak derhaka kepada kedua orang tuanya, sebab apa SS kata macam tu? Sebab Megat Firdouz telah mengecewakan kedua orang tua beliau dan setiap anak yang mengecewakan kedua orang tuanya adalah anak derhaka.

Kalau anak derhaka ini diangkat sebagai ketua bahagian, SS pasti akan hancur lagi UMNO Subang ni.

Jadi, para perwakilan UMNO Subang perlu menolak pemimpin seperti Megat Firdouz daripada menjadi Ketua Bahagian.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tahniah calon NKP @LokmanAdam yang berani bersuara

Sambutan Hari Malaysia 16 September 2013 hari ini bukan hanya mengingatkan kita tentang Penubuhan Malaysia hasil Gabungan Sabah, Sarawak Dan Persekutuan Tanah Melayu. Alhamdulillah, pada tarikh ini juga kita telah terselamat daripada satu usaha merampas kuasa oleh Anwar Ibrahim melalui pembelian Ahli Parlimen.

Namun, apa yg menarik perhatian saya hari ini ialah berita berita  kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai Chin Peng di Bangkok akibat usia tua. Chin Peng mati pada usia 90 tahun.

Sejurus selepas berita ini disebarkan, beberapa orang pemimpin pembangkang berhaluan kiri seperti Hishammuddin Rais, Tian Chua dan Khalid Ismath mula mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan bahawa Ching Peng adalah seorang Pejuang.

Kini telah mula juga kempen secara halus untuk mendesak kerajaan membawa pulang mayat atau pun abu Chin Peng ke Malaysia.
Kenyataan yang bertujuan menarik sokongan kaum Cina ini cukup biadap dan langsung tak mengambil kira perasaan ahli keluarga anggota tentera dan polis yang telah terkorban ditangan komunis demi menjaga keamanan negara.

Selain itu gerakan dari pihak pembangkang ini saya lihat sebagai satu bentuk "endorsement" terhadap keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. Saya menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng ke Malaysia. Ong Boon Hua bukan warganegara Malaysia dan kita tidak sesekali akan memaafkan kekejaman yang telah beliau lakukan.

Sekiranya DAP atau mana-mana pihak meneruskan usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng, saya dan teman-teman Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk turun menyatakan bantahan kami dan menggagalkan sebarang usaha memperingati musuh negara itu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

14 Sep 2013

@khairykj Jawatan SUPOL Megat Firdouz sementara pemilihan UMNO

SS rasa terkejut juga apabila dikhabarkan bahawa jawatan Supol yang disandang oleh Megat Firdouz sebenarnya hanyalah untuk sementara pemilihan agung UMNO yang akan berlangsung dalam bulan oktober nanti.

Selepas sahaja pemilihan maka Megat tidak lagi akan menjadi setiausaha politik kepada Menteri Belia dan Sukan.

Mula mula SS pun agak sukar untuk percaya perkara ni, tapi setelah SS fikir fikirkan, ada juga kemungkinan bahawa ianya akan jadi begitu memandangkan sehingga ke hari ini, Megat masih lagi tidak mengangkat sumpah sebagai Supol Khairy.

Apa dah jadi ni Megat? Betul ke apa yang SS dengar ni? Tapi kalau tak betul kenapa sampai sekarang masih lagi belm mengangkat sumpah sebagai Supol, atau Megat meminjam jawatan tersebut dengan memjnta bantuan Khairy?

Maklimlah, masa pemilihan 2008 dulu Megat dah tipu bekas Menteri Besar Selangor yang pada masa itu mahu bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan berpaling tadah memberikan bantuan kepada Khairy untuk mencapai kemenangan.

Ini lah pemimpin yang akan lakukan apa sahaja demi untuk mencapai maksud dan niat buruk yang ada dalam hati dia.

Cuba bayangkan, orang yang dia panggil boss dan dipercayai oleh pemimpin untuk menjadi jentera pun di boleh permainkan, inikan pula perwakilan di bahagian Subang.

Nampak gayanya Megat akan cuba sedaya upaya untuk menipu orang orang Subang bahawa beliau adalah Setiausaha Politik kepada menteri dan apa yang SS tahu Megat sudah berjaya memperdayakan ahli jawatankuasa Gerakan Belia 4B Subang yang mengadakan kunjungan hormat kepada Supol Menteri di Kementerian Budaya dan Sukan kononnya.

Tapi nak buat macam mana pun kalau dah Megat ni memang kaki putar alam.

SS hampir terlupa nak cakap, nanti SS akan dedahkan perilaku Megat ni di Pulau Pabgkor hingga SS gelarkan dia sebagai peminat tegar Ribena.

SS akan dedahkan bagaimana Megat telah menghancurkan rumah tangga seorang puteri di bahagian Subang hingga Megat dikatakan terpaksa bernikah dengan puteri tersebut.

Nantikan ye Megat, SS akan bongkarkan semua biar seluruh rakyat bukan dahaj di Subang malah di seluruh negara tahu siapa Supol (agaknya palsu) Khairy Jamaluddin ni.


4 Sep 2013

@Khairykj BAHARI SITAM JADI KAMBING HITAM MEGAT FIRDOUZ

Kesian SS tengoh Bahari Sitam, oleh kerana ikut dalam kem si Megat, tak pasal pasal kalah sebagai Ketua Cawangan.

Itu la, SS dah kata si Megat ni pembawa malang yang sebenarnya, mana tidaknyakan, kalau dah meluluhkan hati mak ayah, memang takkan berjaya dalam apa apa sekali pun.

Ni nak bertanding sebagai ketua cawangan, bawa nama Megat Firdouz, memang selamat tinggal le jawabnya.

Orang dah meluat kat Megat ni, tambahan pulak dengan perangai dia selama ni yang tak kira anak orang atau bini orang.

Jadi untuk itu, megat kena bersedia menerima kekalahan di Bahagian Subang.

Tapi pada SS, lagi baik Megat jangan bertanding, sebab dah jadi Supol kepada Menteri Belia dan Sukan walaupun tak angkat sumpah.

Rasanya lebih baik si Megat ni jaga Khairy Jamaluddin sebab nama big boss awak tu tengah harum, jangan la dibusukkan nama beliau pulak dengan sikap kamu di Subang ni.

Kesian juga SS pada Menteri Belia ni, selama 4 tahun bersusah payah membersihkan nama kesudahannya orang kanan sendiri yang bagi rosak.

Dunia politik kamu ni memang tak kenal erti membalas budi ke Megat?

Kepada Bahari Sitam, sabar jelah ye, jangan merajuk pulak, salahkan si Megat, sebab perangai buruk dia, kamu jadi mangsa.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KENYATAAN MEDIA @LokmanAdam : KENAIKAN HARGA RON95 & DIESEL

Ini yang SS jumpa dalam facebook page Lokman Adam, nampaknya Lokman masih seperti dulu tak kisah apa pun, bila tak betul, terus hentam.

Bro Lokman kena ingat, bro tu nak bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, nanti lantang sangat bersuara orang marah.

Tapi dibawah adalah kenyataan Lokman tentang kenaikan harga minyak di Malaysia.


Harga petrol di Malaysia dalam sejak 23 tahun yang lalu (1990)

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85 (kenaikan RM 0.05)
04/12/2010 - RM 1.90 (kenaikan RM 0.05)
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)

Zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 13 tahun (1990 - 2003) harga minyak naik sebanyak RM 0.46.

Zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak RM 1.38 dan turun sebnyk RM 0.90.

Zaman era pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak RM 0.25.

Rakyat perlu sedar bahawa harga ini dipengaruhi oleh harga minyak dunia.
Zaman 90an, harga minyak dunia hanya USD 15-25 satu tong sahaja. Itu sebabnya, Anwar boleh mendabik dada bahawa zaman beliau menjadi Menteri Kewangan, harga minyak hanya RM1.10 seliter. Tapi zaman Pak Lah, harga minyak dunia naik hingga USD 143 satu tong. Harga minyak hari ini sekitar USD107 satu tong.

Anwar boleh janjikan bulan dan bintang pada rakyat, cuma mari kita guna akal kita...bolehkah Anwar turunkan harga minyak 50sen (Kos RM10.5b) dan dlm masa yg sama nak naikkan royalti minyak Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dari 5% kepada 20%. Bagaimana mungkin Anwar boleh tunaikan janji tambahkan subsidi minyak 50 sen jika dlm masa yg sama dia buat janji bg royalti minyak 20% yg pasti menggurangkan pendapatan negara.

Sebelum buat janji baru, tunaikanlah dulu 85% janji lama yg dia buat tahun 2008 di Selangor.

Apapun alasan diiberikan untuk menghalalkan kenaikan harga RON 95 dan Diesel kali ini oleh YAB Perdana Menteri, saya tetap kecewa kerana parti yang saya cintai ini telah buat pertama kalinya memungkiri janji untuk tidak menaikkan harga minyak selepas PRU13.

Saya sedar, memang sukar untuk mengambil keputusan berat menaikkan harga minyak ini, namun saya masih mengharap YAB Perdana Menteri dapat mencari solusi bagi mengembalikan subsidi untuk Ron95 setidak-tidaknya kepada golongan yang berpendapatan isi rumah RM5,000 kebawah.

Samada memberikan vaucher subsidi petrol tambahan atau pemberian fleet card untuk golongan ini, semuanya terletak pada kebijaksanaan beliau.

RM 0.20 mungkin kecil bagi sesetengah golongan, namun ianya cukup membebankan golongan pertengahan dan bawahan. J

ika pengurangan RM 0.20 membolehkan kerajaan jimat RM1.1B untuk baki tahun ini dan RM3.3B setahun mulai tahun depan, saya yakin kos untuk mengurangkan keperitan golongan ini tidak sampai RM1.5B, memandangkan kenderaan yang digunakan oleh golongan ini biasanya 2000cc kebawah dan menikmati nilai subsidi yang rendah berbanding kereta mewah.

Adalah sangat tidak munasabah dan tidak dapat diterima akal dikala GLC melaporkan untung berbilion ringgit, kerajaan tidak berupaya mencari RM1.5B dari sumber lain.

Lakukanlah apa sahaja yang dapat kita lakukan asalkan golongan berpendapatan serderhana dan rendah ini dapat kita ringankan beban mereka.

Lokman Noor Bin Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 Sep 2013

@nohomar pemerhati mesyuarat cawangan perlu lebih bertanggungjawab

SS dapat maklumat bahawa ada mesyuarat cawangan yang dijalankan agak meragukan di Bahagian Subang.

Kenapa jadi macam tu? Sebab ada cawangan di Bahagian Subang yang tidak cukup kehadiran (korum) dibenarkan bermesyuarat oleh pemantau hanya kerana tandatangan dalam kehadiran mencukupi sedangkan semasa mesyuarat berlangsung jelas menunjukkan bahawa kehadiran tidak seperti yang tercatit.

Apa dah jadi ni? Sepatutnya pemantau ini perlu lebih telus dalam meneliti mesyuarat supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan, jika kehadiran semasa mesyuarat tidak mencukupi maka mesyuarat tersebut boleh ditangguhkan.

Mesyuarat yang SS maksudkan disini ialah mesyuarat cawangan Kubu Gajah Bistari, mengikut apa yang dimaklumkan kepada SS, tahun lepas cawangan ini tidak bersidang kerana tidak cukup korum mesyuarat dan tahun ini ianya berlaku sekali lagi dan pemantau melepaskan mesyuarat tersebut semata-mata kerana tahun ini adalah tahun pemilihan.

Mohon kepada badan perhubungan UMNO negeri Selangor untuk memantau perkara ini kerana untuk memajukan parti, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dan ianya perlu diperhalusi agar dapat memantapkan parti selaras dengan kehendak Perdana Menteri agar transformasi parti di lakukan.

Amat memalukan jika perkara sebegini dilakukan tambahan pula di Negeri Selangor dan jika perkara ini berlanjutan, adakah kita mampu untuk menawan kembali Selangor pada pilihanraya akan datang?

Lepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, pandang-pandanglah perkara ini secara serius kerana ianya melibatkan maruah parti itu sendiri.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone